Friday, December 4, 2015

Morib Fun Run 2015

Dalam bulan Disember ni ada satu program larian suka-suka yang dijadualkan di pantai Morib. Larian suka-suka  ini atau pun lebih dikenali dengan nama 'Fun Run' hanya sejauh 5KM sahaja. Kalau jarak larian tu lebih dari 5KM aku rasa dah bukan 'Fun Run' lagi.


Aku ni bukan jenis 'frequent runner' yang sentiasa berlari siang-malam macam nak masuk 'full marathon', sebaliknya aku ni lebih kepada orang yang suka lari-lari kalau ada masa terluang sahaja. Aku tak terlalu komited hingga nak masuk segala bagai jenis program larian kat Malaysia ini. 

Aku ada seorang kawan yang selalu menyertai segala bagai jenis larian yang ada kat Malaysia ni tidak kira samada 'Full marathon', 'Half Marathon' ataupun 'Fun Run'. Dari Johor sampai ke Pulau Pinang sampailah ke Sabah dan Sarawak semua event dia nak masuk. Memang dia seorang yang sangat bagus tahap fitnessnya, sehinggakan medal yang dia dapat hasil dari larian yang dia masuk tu banyak tak terkira. 

Aku tak kata kalau masuk semua event ni satu perkara yang teruk, cuma bagi aku, tak perlu obses sampai ke tahap macam itu. Kalau ada larian dekat-dekat dengan kawasan aku mungkin aku akan ikut, tapi kalau dah sampai kena keluar negeri tu rasanya membebankan sangat.

Lagipin tempoh masa yang aku buat untuk jarak 5KM pun macam timing budah sekolah rendah lagi. Memang belum layaklah nak masuk apa-apa jenis marathon pun. Mau ambik masa 4-5 tahun baru dapat fitness macam pelari Kenya tu. 34 minit untuk 5KM , rasanya oklah tu, asalkan tak lebih 40 minit sudahlah ye.




Thursday, June 18, 2015

Buat Loteng Dalam Bilik

Semenjak dapat masuk rumah yang baru ni, banyak juga ubahsuai yang kami sudah buat. Terutamanya pada bahagian dalaman rumah dan sedikit di bahagian pagar belakang. Ubahsuai pun kami buat secara berperingkat-peringkat sebab ia memerlukan kos. Ada duit baru kami buat ubahsuai.

Walaupun dah setahun kami dapat kunci rumah, tapi sayangnya kami masih belum dapat duduk di situ sepenuhnya. Maka, kerja ubahsuai oleh kontraktor lebih senang di buat sebab ia tak akan ganggu urusan kami sekeluarga. 

Ubahsuai yang terbaru adalah tambahan loteng dalam bilik tidur. Bilik tidur sebelum ubahsuai agak kosong sebab kedudukan siling yang sangat tinggi sehinggakan kipas siling adalah tidak sesuai digunakan. Kena guna kipas dinding.