Monday, March 30, 2009

Hari Pertunangan

Finally, my younger sister bertunang.Paling bongsu.


Rombongan Cik Kiah




Seperti biasa, bapak aku memang selalu dijemput oleh orang-orang kampung untuk menyambut kedatangan pihak yang datang meminang ni. Jadi, bila anak sendiri yang dipinang orang, maka memang satu kewajibanlah bagi bapak aku untuk menyambut pihak pelawat itu.
Aku tengok bapak aku menyambut diorang dengan manners yang amat manis, sopan dan yang penting berbudi bahasa. Aku tahu macam mana rasanya jadi ketua rombongan meminang ni. Memang gelabah yang amatlah. Dia berbaju melayu gelap dan bersongkok hitam. Dalam topik perbincangan tu sempat gak la aku terdengar bapak aku berperibahasa berbunga-bunga. Memang respek tul aku.


Kawan-kawan aku pun hadir gak, sebab rumah diorang sebelah je dengan rumah aku ni. Kalu diorang tak datang rumah aku, aku jerit je suruh diorang datang. Terima kasih la sebab korang sudi datang. Lain kali masa hari persandingan jangan lupa datang lagi. Tolong bapak aku pasang khemah dan jugak potong daging. Tarikh aku tak pasti lagi.



Dari kiri: Abang aku no 2, Aku, John (security Uitm Jengka), Din, Abang aku lagi dan Abang Adi.


Kebetulan pulak rumah kitorang musim durian. Jadi malam sebelum dan selepas majlis pertunangan ni, memang time untuk kitorang melantak cukup-cukup la. Lagipun aku memang dah muak dengan durian ni, dari kecik asyik durian,durian,durian. Masa sekolah dulu, memang dah jadi tugas aku kena jaga durian ni dari dikorek oleh tupai-tupai. Pokok pulak bukannya sebatang dua, adalah dalam 7-8 batang. Nasib baik la takde dusun durian. Azab gila aku nak berjaga sepanjang masa. Nak lastik tupai tak pernah kena pun, tapi ada inisiatif lain la, bapak kitorang letak tin-tin kosong atas pokok durian ni pastu disambung dengan tali supaya senang kitorang tarik. Bila dah tarik tuh, bunyi-bunyian bising tu akan mensaspenkan tupai-tupai tersebut la. Haa.. camtu lah taktiknya..


Durian yang kitorang makan nih kecik-kecik je, sebab yang besar-besar dan elok-elok dan kitorang bagi kat rombongan meminang tadi. Pokoknye pulak tinggi melangit, kat belakang rumah aku tu je ade 3 batang pokok yang tinggi gila. Amacam pokok kat atas tu tinggi-tinggi tak?



Ok, selesai.
Share: