Tuesday, April 28, 2009

An Evening At Banda Hilir, Melaka

Dan selepas selesai jer aktiviti perkhemahan kadet polis kat Taman Botani Ayer Keroh, me and my family went for a sightseeing at Banda Hilir with the help of our trusty tourist guide (adik aku je) kitorang pun cuma ade 2-3 jam je untuk ronda-ronda. Memang tak sempat je nak round semua tempat.


Naik beca ni kitorang di cas rm20 utk satu beca. dia bawa ronda-ronda di sekitar Banda Hilir. Nasib baik kitorang datang waktu petang dalam pukul 5, sebab orang tak ramai dan cuaca dah sejuk dan mendung. Takde la berpeluh-peluh macam datang time tengahari. Lepas parking je. kitorang pun sakan la!

Menara Taming Sari Melaka ni terletak kat Banda Hilir, menara ni la yang kitorang first naik sesampainya kat situ. Menara ni tingginya 110m, kawasan tempat duduknya ataupun kabin penumpangnya berputar 360 darjah dan memaparkan pemandangan keseluruhan kawasan bersejarah kat bandar melaka ni... fuh...

Seat kat dlm ni buat muat 80 orang sekaligus... tapi time kitorg naik tu tak ramai pun cuma ada dalam 20 orang je.


Muzium samudera.... by the time kitorang turun dari menara ni, muzium kapal ni dah tutup... tak sempat nak masuk, cuma boleh sampai kat pintu masuk je. hahahaha.


Kat A Famosa... ala bukan korang tak tau pun kan... cukupkan syarat je nak bergambar nie... aku rasa masuk trip yg ni, dah byk kali aku bergambar kat tembok ni.


Wife tengah belek-belek beg tangan nak buat souvenir... hahaha... mahal ke tuh? Kemudian, malam tu jugak kitorang balik ke Klang.... dan next week ade trip ke Cherating plak.

Ok, selesai.
Share:

Monday, April 6, 2009

Kedatangannya ditunggu-tunggu


Tiba-tiba teringat dan terkenang lak waktu anakanda ku Aliff Muzhaffar lahir pada 14 Mac 2005 yang lalu. Dah masuk 4 tahun rupanya. Gambarnya yang banyak tu tersimpan sahaja dalam album gambar kitorang. Jadi, sekarang ni aku nak abadikan sedikit gambar-gambar yang merupakan waktu yang paling berharga dalam hidup aku kat sini.
Share: