Monday, April 6, 2009

Kedatangannya ditunggu-tunggu


Tiba-tiba teringat dan terkenang lak waktu anakanda ku Aliff Muzhaffar lahir pada 14 Mac 2005 yang lalu. Dah masuk 4 tahun rupanya. Gambarnya yang banyak tu tersimpan sahaja dalam album gambar kitorang. Jadi, sekarang ni aku nak abadikan sedikit gambar-gambar yang merupakan waktu yang paling berharga dalam hidup aku kat sini.



Aliff Muzhaffar lahir Kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada jam lebih kurang 12 tengahari. Tengah panas terik tu. Hari tu hari Isnin, aku masih ingat sebab aku tengah bersiap nak pergi kerja waktu wife aku bagitau yang contraction dah kuat dan dia akan masuk Labor Room. Aku dah memang bersedia dengan borang cuti yang dah disahkan pun (cuma tarikh tak isi lagi). Maka aku pun bergegas ke hospital pagi tu jugak.

Aku tunggu dari pukul 7.30 pagi. Aku tengok kat waiting area depan lif tu dah ramai orang. Majoritinya suami-suami orang yang tengah menunggu isteri diorang kat dalam tu. Saspen jugak aku sbb ni la first time aku duk dalam situasi camni.

Aku pun call ofis bagitau diorang yang cuti aku bermula hari ini. Aku apply cuti 3 MINGGU! Dalam sejarah aku bekerja dalam ATM, inilah kali pertama aku dapat cuti paling lama dalam tempoh perkhidmatan aku. Paling lama cuti yang pernah aku dapat cuma seminggu lebih sahaja, itupun sebab time tu aku jadi boss dan aku panjangkan sendiri cuti aku (time raya lah).

Apabila selesai kelahiran biasanya si nurse akan mengusung si isteri tadi yang masih atas katil keluar dari labor room dan akan menyebut nama isteri kepada sekalian yang sedang menunggu tu. So, si suami akan tahu bila turn isterinya selesai. Lepas sorang-sorang keluar, tapi wife aku tak keluar-keluar lagi. Dah hampir 4 jam aku tunggu, (siap tertidur lg) akhirnya keluarlah sorang nurse ni sambil menyebut nama isteri aku, tapi aku tak perasan sebab aku dah terlelap (hampeh tul). Dalam ramai-ramai yang keluar tu, time wife aku keluar jugak la yang aku terlelap. Lepas terjaga dalam seminit dua lepas tu barulah aku gi tanya nurse kat situ. Katanya wife aku dah masuk wad dan dah boleh gi tengok. Senyum sampai ke telinga aku :)


Selepas ibunya Norliza selamat melahirkan, maka pada saat itu aku pun bergelarlah seorang 'bapa'. Alhamdulillah, kedua-duanya selamat. Terima kasih pada semua yang terlibat termasuk la nurse dan doktor yang menyambut kelahiran Aliff ni.
Share: