Monday, May 25, 2009

Surat Panggilan Kerja

Assalamualaikum, Once again.


Aku cuma nak berkongsi perasaan gembira di hati ini sebab aku dah pun terima satu lagi surat panggilan kerja untuk jawatan yang pernah aku apply di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dulu. Untuk kali kedua ni, tarikhnya pada 28 Mei dan tempatnya masih di Putrajaya iaitu di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia, IOI Resort Putrajaya. Nak tau jawatan apa? nanti aku bagitau saspen...saspen...

Nasib aku boleh dikira baik gak la sebab baru bulan Februari lepas aku buat permohonan secara online tup-tup dah dapat panggilan. Walaupun panggilan tu hanya baru di peringkat pemeriksaan fizikal dan pancaindera, tapi aku cukup happy sebab harapan utk bekerja semula tu wujud secara samar2... hahaha... lagipun masuk bulan Jun ni nanti genap setahun aku tak kerja, asyik jalan+rewang je.

Gambor ni masa kat Langkawi dalam Cable Car.. huhuhu


Walau apa-apa pun........ALHAMDULILLAH.
Share:

Sunday, May 10, 2009

Job Trip

Hello again,


Well, for your kindly information aku merupakan salah seorang daripada ratusan wakil Etiqa Takaful kat Malaysia ni. Walaupunaku bukanlah daripada kategori full-time wakil, tapi at this moment itulah job yang aku buat secara konsisten.




Last week, aku dapat offer dari ofis aku (agensi takaful tempat aku register) untuk join group diorg pegi wat sales and services kat area Penang. Selalunya aku tak pernah pun di offer, sebab dah ramai wakil dari ofis yg berebut nak pergi. Tapi kali ni kena cari ramai wakil, sebab nak stay lama kat sana dan ade banyak kilang untuk kitorang masuk.



Sebelum aku bertolak ke Penang, hati aku tak sedap, sebab banyak sangat halangan dan dugaan nak di tempuhi, sampaikan dalam perjalanan pun datang dugaan lagi, nak tau ape dia?



1. Tiket bas yg aku dah beli awal2 hilang kat Cherating, (oh ye.. seminggu sebelum gi Penang, aku ikut wife gi Cherating ade trip anjuran koperasi sekolah) Nasib baik jumpa balik kat tepi longkang waktu malam. Mujur tak hujan.. Kalu tiket tu hilang nmpknya memang aku tak pegi ikut buat sales kat Penang la jawabnya.


This is actually my first time aku naik bas ekspress sejak Terminal Klang Sentral ni ditubuhkan, tapi lokasinya agak terlalu jauh daripada bandar Klang dan memang mendatangkan masalah jika takde own transportation. Fasiliti kat sini memang canggih la sikit sebab waiting area pun fully air-cond. fuhh!




2. Bas yang aku naik rosak plak dalam perjalanan. Aisey.. dah dekat nak sampai Sg Petani plak tuh. Time tu pukul empat setengah pagi, hujan lebat plak tu.. Terpaksa la bas tu landing kat tepi highway dekat 15 minit sebelum semua penumpang di tumpangkan ke bas yg lain.


3. Penumpang dalam bas tak la ramai, ada dalam 30 org je. Separuh turun kat butterworth dan separuh lagi kat Sg petani. So, penumpang yg turun Sg Petani kena naik bas yg ondway ke sana la.. Tapi masalahnya lak, bas yg nak ditumpangi tuh free seat cuma ada 10 jer. Hampeh... 'ada harapan aku kena berdiri ni'.. akucakap dalam hati.. Lastly, memang betul... aku kena duduk sebelah driver sampai ke destinasi.. Dah la basah masa tukar bas tadi... sejuk siot... grrr.. grrr..

Aku sampai Sg Petani kul 6 pagi... kemudian call firdaus (membe classmates OUM) suruh amik aku. Aku tau memang lambat punye dia sampai walaupun dia kata 'aku ondway'. Sementara tunggu dia datang aku pun gi la sarapan dulu, perut kena isi gak sebab sat lagi maybe tak smpt sarapan lagi dah. Diorang nak masuk kilang pagi ni, mmg tak tido la jawabnye... dan aku mula merangka-rangka apa strategi yg nak dipakai untuk buat sales dalam seminggu ni...
Share: