Monday, May 25, 2009

Surat Panggilan Kerja

Assalamualaikum, Once again.


Aku cuma nak berkongsi perasaan gembira di hati ini sebab aku dah pun terima satu lagi surat panggilan kerja untuk jawatan yang pernah aku apply di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dulu. Untuk kali kedua ni, tarikhnya pada 28 Mei dan tempatnya masih di Putrajaya iaitu di Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia, IOI Resort Putrajaya. Nak tau jawatan apa? nanti aku bagitau saspen...saspen...

Nasib aku boleh dikira baik gak la sebab baru bulan Februari lepas aku buat permohonan secara online tup-tup dah dapat panggilan. Walaupun panggilan tu hanya baru di peringkat pemeriksaan fizikal dan pancaindera, tapi aku cukup happy sebab harapan utk bekerja semula tu wujud secara samar2... hahaha... lagipun masuk bulan Jun ni nanti genap setahun aku tak kerja, asyik jalan+rewang je.

Gambor ni masa kat Langkawi dalam Cable Car.. huhuhu


Walau apa-apa pun........ALHAMDULILLAH.
Share: