Monday, June 22, 2009

Tanah Halaman Aku


Sesekali teringin lak nak upload gambar kampung tanah halaman tempat tumpah darahku.. Hahaha.. ini lah dia Seksyen 2, ehh silap.. Jengka 2 Pahang.. Takde apa yg menarik pun kat kg aku ni.. Cuma yg ada cumalah kawasan pokok sawit yg sayup mata memandang, lembu dan kambing berkeliaran mencari sesuap nasi, budak2 kampung yang bertaraf 'permanent resident' @ penganggur la... dan juga para peneroka yang menghuni tanah Jengka ini sejak penubuhannya..


Walaupun Seksyen 2 ni standardnya jauh jika dibandingkan ngan Putrajaya tuh (komuter takde, LRT takde, tapi aku gembira dan bangga menjadi anak Felda Jengka 2, ini adalah kerana di sinilah aku dibesarkan dari kecil sampailah dewasa, daripada sekolah tadika sampailah ke Tingkatan 5, aku cuma sekolah kat sini je. Best tak?


Kelapa sawit adalah tanaman utama dan merupakan punca rezeki penduduk Peneroka Jengka 2 ini. Dan dengan kelapa sawitlah juga bapa aku menyara keluarga sehingga ke hari ini. Tak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Selamat Hari Bapa utk Abdul Rahim b. Abu Samah, iaitu ayahanda aku yang tercinta..

Wasalam.
Share: