Friday, July 31, 2009

One Day In August



Sebulan x update blog nie.

Hari ni sebenanya agak serabut ckit kepala ni.

Sebab 2-3 hari lepas banyak sangat al-kisah dan story-mory yang kurang elok didengar berlaku di sekeliling ku.

Tambahan pula Aliff kena demam panas start hari Jumaat aritu, tapi sampai arini x baik2 lagi.

Pegi klinik swasta 2 kali, gi hospital kerajaan sekali. Siap kena amik darah lagi sebab dikhuatiri Aliff kena Denggi.

Haaa!! Denggi.. biar betul!

Panik gak aku, terus aku buang air dalam kolah bilik air untuk mengelakkan pembiakan jentik2, dan aku beli spray nyamuk 2 botol (gile betul) untuk spray kat nyamuk (memang la... kalu spray kat aku itu minyak wangi namanye).

Result temuduga aritu pun lom kuar lagi... so sabar aje la...

Serabut punya pasal.. aku gunting rambut guna mesin no 4... (ingat nak guna no 3 je, tapi salah cakap kat tukang gunting tu)

Aliff pulak skang ni terbaring je la (sian).. Aku risau takut kena H1N1 je.. skang ni banyak kes lak tuh... fuhhh. jauhkanlaa.. Tapi bila bab nak makan ubat, Aduhaiiiiii susah nak mampus!!.. siap menjerit macam kena dera je... tapi kitorang tetap paksa gak, pegang tangan n kaki kuat2, pastu sumbat dalam mulut...



Takpelah.. cepat la baik ye Aliff..
Share:

Tuesday, July 21, 2009

3rd calling

Hai... assalamualaikum..

Minggu lepas maybe minggu yg sibuk buat aku.. xde la sibuk sgt pun, cuma ade big event yg akan berlangsung kat kampung aku (Jengka 2 la of course) .. so, secara tak langsung aku pun sibuk gak la.. hahaha

Apa taknye, adik aku yang baru bertunang beberapa bulan lepas akan melangsungkan perkahwinannya plak... tarihnya jatuh pada 18 Jul 2009 yang lepas...

Kat kampung aku lak yang tinggal cuma mak bapak aku jer, apa yang aku bole tolong cuma membelikan keperluan yang aku boleh dptkan kat Klang ni dengan harga yang murah... kat Mydin la hahahaha... Kitorang gi beli beg kertas untuk cenderahati para pengunjung, langsir tingkap dan macam2 lagilah.. huhuhu

Aku balik kampung hari khamis (awal ckit sebab nak tolong keluarga kat kampung) so wife aku kena off la jumaat tu,, hehehe sori sayang... Korang tau tak, lepas wife aku pulang keje ari khamis tu aku pun cadang nak balik kampung terus la.. tup-tup dia bawa balik satu surat untuk aku attend another job interview kat Putrajaya.. "Alamak.. ade interview la plak".. suspen aku woo.. tapi nasib baik laa tarikh interview tu jatuh bulan Ogos.. fuuuhhh.. legaaaaa!

Lepas packing2 barang, kitorang pun cabut balik kampung, tapi kena singgah Rawang jap sebab nak bawak balik anak sedara 2 orang sebab keta bapak dia ekside.. iskk,. kesian tul... time cenggini lak dia nak eksiden.. Mak bapak diorang akan menyusul kemudian sebab kete yang diorang guna dan pinjm skang ni kecik (kelisa mana nak muat sampai 6 orang).. hehehe

Kul 8 stgh mlm kitorg bergerak blk kampung dan expected sampai dalam 3 jam.. kul 11 stgh mlm kot.. hehehe... aku dah target durian, rambutan, langsat, n manggis kat umah tu... HAHAHAHAHA!!!! siap kaooo...

n_n
Share:

Monday, July 6, 2009

Video Tutorial 1

Tutorial ini adalah menggunakan annotation sahaja.. maaflah sebab takde voice tutorial.. Anyway memandangkan ini adalah first video tutorial, sebarang komen dan teguran amatlah dihargai.

Sekarang ni pun, aku tengah bereksperimentasi lagi untuk mengedit imej-imej yang lain.. Akan aku uploadkan kemudian nanti..

Bye for now..

(n_n)

Share:

Sunday, July 5, 2009

First Attempt on GIMP



OK. kali ni aku uploadkan first attempt on GIMP. Dah banyak trial aku buat, itupun based on tutorial kat youtube laa.. tapi kali ini aku puas hati (pada aku la) dan ini lah dia karya aku, hahahaha!

Banyak lagi yang aku perlu pelajari, dan lagi banyak la yang aku akan postkan dalam blog ni. Ini membuatkan aku terpikir nak create blog baru khas utk GIMP ni... Aku juga nak buat tutorial dalam bahasa Melayu supaya ramai lagi org kat luar sana akan dapat memahami lagi penggunaan GIMP ni.


Untuk imej kat atas tu, aku tak sempat nak record bagaimana aku start from scratch, tapi aku boleh terangkan melalui teks.. No hal punya. Tapi next time aku akan cuba create @ edit imej baru beserta video tutorialnya sekali... Insya Allah..

Ada komen?
Share:

Wednesday, July 1, 2009

New Hobby

Kali ni I nak introduce u all kepada satu software komputer yang amat menarik dan khusus kepada mereka yg gemar kepada memanipulasi imej dan gambar. Ramai yg dah tau dan mahir menggunakan program Photoshop, malah program ini adalah diklasifikasikan yg terbaik dan terlaris jualan nya berbanding program memanipulasi imej yang lain. Tetapi program ini adalah TIDAK PERCUMA dan harus dibeli terlebih dahulu. Mungkin ramai yg dah ada CRACK dan jugak KEYGEN untuk mengekploitasi program Photoshop ini, supaya mereka dapat menggunakannya secara percuma sampai bila-bila... Tapi ingat, tindakan tersebut adalah salah disisi undang-undang (ILLEGAL) kerana porgram ini adalah hakcipta terpelihara.... Tapi aku nak perkenalkan satu lagi program yang hampir2 serupa dengan Photoshop, malah setiap tools, functions and others works all the same! Dan apa yang lebih penting... ia PERCUMA...


Okey.. Program tersebut dikenali sebagai GIMP - The GNU Image Manipulation Program. Ia boleh didownload secara percuma di http://www.gimp.org/ .
Lepas download je, terus boleh guna.. xyah nak register ke, crack ke, trial ke...



Skang ni I tgh mempelajari selok-belok GIMP ni, dan I akan post kan kat sini my first attempt on GIMP next time. I would love to hear any comment and suggestions from u all..
Share: