Monday, March 29, 2010

Kursus Induksi AADK Di PD

Salam.

Tatkala entry ini dibuat, ini adalah malam terakhir aku kat hotel Palm Spring Resort kat Port Dickson nih. Aku kat sini sebab menghadiri kursus induksi AADK bil 1/2010. Kursus ni cuma diprogramkan selama 3 hari je.

Aku mula lapor diri haritu pada hari Sabtu 27hb Mac dan abis pada 30hb esok. Peserta ada la dalam 65 orang. Majoriti diorang ni datang dari Sabah. Dan mereka ni terdiri daripada pelbagai gred jawatan seperti U3, KP11, S17, S27, KP27 dan S41. Biasakla kan, kursus ni wajib hadir kalau nak confirmkan perkhidmatan dalam kerja kerajaan nih. (^_^)



Teruk gak kursus kali ni, sbb makan pun kena potong sebab bajet takde. Daripada 6 kali sehari tinggal 4 kali je. Supper plak takde, so memalam kitorang pun kuar la ke area berdekatan pegi mencekik pape yang patut.

Esok plak lepas dapat sijil setamat kursus nanti, bole la kitorang nak balik semula la ke tempat keje asal memasing. Aku?..Balik Raub daa...

Share:

Saturday, March 20, 2010

Aritu Pegi ZOO Negara

Salam

Lupa nak upload pic masa kitorg gi ZOO negara. Kitorang gi masa awal tahun 2010 haritu, 1/1/2010. Disebabkan cuma ade 3 org jer yg nak pegi zoo ni, aku pun ajak adik aku si Fais sekali. :) Bole jugak la jadik tukang amik gambar.



Lama dah sebenanya program ke zoo ni dirancang, tapi banyak sgt halangannye. Finally dpt gak anak aku pergi melihat binatang2 ni secara live. Dulu pun dia dah pernah masuk Zoo Melaka, tapi masa dia still kecik lagi. Dia pun dah x ingat yg dulu dia pernah gi zoo tu.



Cerita ni dah terlajak 3 bulan pun, skang dah masuk bulan Mac pun. Yang peningnyer apsal aku x masuk blog citer ni pun aku tak tau nape. Tapi biorlah lambat upload jangan tak upload langsung. Banyak citer yang patut aku bgtau bersempena cuti sekolah ni, tapi tunggu jelah next entry ye. Weewittt!!!

Share:

Wednesday, March 10, 2010

Week 2 of 4 In Mac

Hi everyone.

Minggu ini banyak perkara yang berlaku disekelilingku. Terlalu banyak, sehinggakan kadang-kala aku terkeliru seketika. Blog ini juga
sudah lama dibiarkan bersawang kerana aku tak ade idea (malas sebenonye!) dan kesibukan ditempat kerja yang merupakan kekangan terhebat buatku.

Arsenal, 3 game dalam 1 minggu. Memang kalau diikutkan teruk juga buat pemain-pemain ni nak cope-up dengan jadual yang padat begini. Tetapi aku suka, sebab setiap minggu dapat mengikuti perkembangan keputusan perlawanan mereka. Last saturday Arsenal vs Burnley (mereka menang 3-1), last night Arsenal vs Porto (mereka menang besar 5-0) dan this coming saturday they also have one more match (i dont remember whom they're against with). Maknanya sepanjang minggu ni bola,bola,bola sahaja.....

Bengkel Anjuran Jabatan batal, aduhai kenapalah batal pulak ni. Aku dah rancang nak bercuti setamat sahaja bengkel tu. Tapi whatever it is, cuti still ON. Aku apply seminggu bermula 15hb - 19hb. Bersempena dengan cuti sekolah la katakan :) Pada 14hb ni adalah birthday anakku Aliff Muzhaffar. Ma
ma dia dah pun membuat rancangan nak pergi ke Sunway Lagoon pada 13hb ni. Harapan Aliff ni sebenonye!! Takpelah, aku pun tak pernah masuk lagi kat Sunway ni, so boleh gak join mandi-mandi sekali. Pastu kami plan nak balik kampung buat jamuan kecil-kecilan sempena hari jadi si Aliff ni. Kalau orang Jawa biasanya majlis sebegini dipanggil 'Bancaan'. Jemputan cuma anak-anak jiran kat kampung ni je (sedara-mara kitorang jugak).

Sony Ericsson, ye memang betul. Aku mer
upakan pengguna setia telefon bimbit dari jenama ini. Aku tahu sekarang ni banyak model telefon baru yang berada di pasaran. Tak kiralah dari jenama apa sekalipun, Nokia ke, Sony ericsson ke, Apple ke, CSL ke (jenama Malaysia ni) memang penuh di pasaran sekarang. Itu belum campur dengan model dari negara China yang secara fizikalnya serupa dengan model IPhone dari Apple tu. Dahla harganya pun murah gile, kualitinya plak hancur! Buat masa ni, aku menggunakan model K618i dari Sony Ericsson. Untuk pengetahuan semua model ini telah pun dihentikan pengeluarannya (hahaha padan muka aku) Kalau buka website utama Sony Ericsson ni pun dah takde model ni dalam koleksi telefon mereka. Maka, wajiblah bagi aku menukar kepada telefon yang baru supaya sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini (alasan je tu). Aku sangat berminat dengan model-model yang mempunyai papan kekunci QWERTY (tak tahu pasal apa) dan juga mempunyai 'touchscreen'. Banyak model dari SE (Sony Ericsson) ni telah aku survey. Dan memang banyak yang menawan hatiku, cuma harganya sahaja yang tidak kurang dari RM1000! Perlukah aku membayar sebanyak itu cuma utk sebuah telefon bimbit 'smartphone'.

Antara yang menawan hati ku adalah:



Xperia X10




Xperia X2




Vivaz




Tunggulah nanti, cuma masa yang akan menentukan. Aku tetap nak tukar telefon baru! :)

Wasalam.
Share:

Tuesday, March 2, 2010

Jom Layan Arsenal

Salam to all..

Tergerak lak hati ni nak bercerita tentang pasukan bola kegemaran aku nie. Pasukan yang aku maksudkan adalah jeng.. jeng.. jeng.. ARSENAL..! hahahaha
Team Arsenal ni aku mula start sokong adalah pada zaman Thierry Henry main utk team ni dulu la... tahun bila ntah.. Pastu aku terus minat sampai la skang. Walaupun Henry dah kuar gi ke Barcelona, tapi aku tetap sokong ARSENAL sebab aku nyampah kat Manchester United dan Liverpool.



Aku akan cuba untuk menyokong team ni sampai bile2.. hahaha.. sehingga ke waktu ini kedudukan Arsenal di dalam Liga Perdana Inggeris adalah di kedudukan ke 3, 3 mata dibelakang pendahulu liga Chelsea dan 2 mata di belakang MU.




Ade baki lagi 10 game, harap2 team yg atas tu bole cicir mata..pastu bole la Arsenal jadi juara, selepas 5 tahun tanpa sebarang kejuaraan utama. Dan maybe bole menang Liga Juara-juara eropah plak...
Share: