Wednesday, March 10, 2010

Week 2 of 4 In Mac

Hi everyone.

Minggu ini banyak perkara yang berlaku disekelilingku. Terlalu banyak, sehinggakan kadang-kala aku terkeliru seketika. Blog ini juga
sudah lama dibiarkan bersawang kerana aku tak ade idea (malas sebenonye!) dan kesibukan ditempat kerja yang merupakan kekangan terhebat buatku.

Arsenal, 3 game dalam 1 minggu. Memang kalau diikutkan teruk juga buat pemain-pemain ni nak cope-up dengan jadual yang padat begini. Tetapi aku suka, sebab setiap minggu dapat mengikuti perkembangan keputusan perlawanan mereka. Last saturday Arsenal vs Burnley (mereka menang 3-1), last night Arsenal vs Porto (mereka menang besar 5-0) dan this coming saturday they also have one more match (i dont remember whom they're against with). Maknanya sepanjang minggu ni bola,bola,bola sahaja.....

Bengkel Anjuran Jabatan batal, aduhai kenapalah batal pulak ni. Aku dah rancang nak bercuti setamat sahaja bengkel tu. Tapi whatever it is, cuti still ON. Aku apply seminggu bermula 15hb - 19hb. Bersempena dengan cuti sekolah la katakan :) Pada 14hb ni adalah birthday anakku Aliff Muzhaffar. Ma
ma dia dah pun membuat rancangan nak pergi ke Sunway Lagoon pada 13hb ni. Harapan Aliff ni sebenonye!! Takpelah, aku pun tak pernah masuk lagi kat Sunway ni, so boleh gak join mandi-mandi sekali. Pastu kami plan nak balik kampung buat jamuan kecil-kecilan sempena hari jadi si Aliff ni. Kalau orang Jawa biasanya majlis sebegini dipanggil 'Bancaan'. Jemputan cuma anak-anak jiran kat kampung ni je (sedara-mara kitorang jugak).

Sony Ericsson, ye memang betul. Aku mer
upakan pengguna setia telefon bimbit dari jenama ini. Aku tahu sekarang ni banyak model telefon baru yang berada di pasaran. Tak kiralah dari jenama apa sekalipun, Nokia ke, Sony ericsson ke, Apple ke, CSL ke (jenama Malaysia ni) memang penuh di pasaran sekarang. Itu belum campur dengan model dari negara China yang secara fizikalnya serupa dengan model IPhone dari Apple tu. Dahla harganya pun murah gile, kualitinya plak hancur! Buat masa ni, aku menggunakan model K618i dari Sony Ericsson. Untuk pengetahuan semua model ini telah pun dihentikan pengeluarannya (hahaha padan muka aku) Kalau buka website utama Sony Ericsson ni pun dah takde model ni dalam koleksi telefon mereka. Maka, wajiblah bagi aku menukar kepada telefon yang baru supaya sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini (alasan je tu). Aku sangat berminat dengan model-model yang mempunyai papan kekunci QWERTY (tak tahu pasal apa) dan juga mempunyai 'touchscreen'. Banyak model dari SE (Sony Ericsson) ni telah aku survey. Dan memang banyak yang menawan hatiku, cuma harganya sahaja yang tidak kurang dari RM1000! Perlukah aku membayar sebanyak itu cuma utk sebuah telefon bimbit 'smartphone'.

Antara yang menawan hati ku adalah:



Xperia X10




Xperia X2




Vivaz




Tunggulah nanti, cuma masa yang akan menentukan. Aku tetap nak tukar telefon baru! :)

Wasalam.
Share: