Monday, March 29, 2010

Kursus Induksi AADK Di PD

Salam.

Tatkala entry ini dibuat, ini adalah malam terakhir aku kat hotel Palm Spring Resort kat Port Dickson nih. Aku kat sini sebab menghadiri kursus induksi AADK bil 1/2010. Kursus ni cuma diprogramkan selama 3 hari je.

Aku mula lapor diri haritu pada hari Sabtu 27hb Mac dan abis pada 30hb esok. Peserta ada la dalam 65 orang. Majoriti diorang ni datang dari Sabah. Dan mereka ni terdiri daripada pelbagai gred jawatan seperti U3, KP11, S17, S27, KP27 dan S41. Biasakla kan, kursus ni wajib hadir kalau nak confirmkan perkhidmatan dalam kerja kerajaan nih. (^_^)



Teruk gak kursus kali ni, sbb makan pun kena potong sebab bajet takde. Daripada 6 kali sehari tinggal 4 kali je. Supper plak takde, so memalam kitorang pun kuar la ke area berdekatan pegi mencekik pape yang patut.

Esok plak lepas dapat sijil setamat kursus nanti, bole la kitorang nak balik semula la ke tempat keje asal memasing. Aku?..Balik Raub daa...

Share: