Sunday, April 25, 2010

Jom Main Bowling

Salam.

Last week, kitorang pergi main bowling. Tapi ianya bukanlah aktiviti famili, tetapi ia adalah merupakan aktiviti guru sekolah wife aku. Hehehe... aku kena la hantar wife aku pegi main bowling tuh. lokasi pun takde lah jauh sangat, cuma main kat Superbowl Banting jer.. ahaks.. ahaks...


Memang sambutan cikgu-cikgu ni sangat hebat, ramai tul yang hadir. Bawak anak bini sekali, so bayangkanlah keserabutan situasi tu... :) Aku pun dapat main gak (yes!!) kumpulan aku terdiri daripada para pemandu kepada para isteri masing2.. hahaha... Oh ya.. pertandingan ini adalah julung-julung kali diadakan dan ia adalah bagi merebut Piala Pengetua SMT KLANG.



Aku suka join event-event yang macam ni, happy je.. hahaha...

Tapi sebelum tu, aku dah beli henset baru, henset yang lama tu dah teruk sangat tahap keuzurannya. Asyik mati sendiri je. Walaupun baru 3 tahun aku pakai, tapi dah ketinggalan zaman model henset aku yang lama tuh. Teringin plak nak pakai yang baru, at least yang ada Operating System yang up-to-date la yerk.. Kali ni, henset yang aku nak pakai biar berbaloi-baloi dan biar betul-betul puas hati!. Akhirnya, Satio jugak la yang aku beli.. walaupun itu pilihan keempat selepas, X10, X10 Mini Pro dan Xperia2.. huhuhu.. lantakla.. janji touchscreen erkk...!!




Hehehehe...!!

Share:

Friday, April 9, 2010

Birthday Aliff Ke-5

Tahun ni adalah merupakan hari lahir Aliff yang ke-5. Kebetulan plak besday Aliff ni pastinya jatuh pada waktu cuti sekolah.



Memang tetiap tahun Aliff xpenah miss dapat kek harijadi. Apa salahnye kan, bukannya selalu dapat makan kek ade gambar kartun kan. Hahaha..



Tarikh lahirnya adalah 14/3/2005. Pada kali ini kami bercadang nak buat sedikit sambutan hari lahir kat kampung plak iaitu kat Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor. Memang hajat kami sebenarnya nak buat jamuan sedikit, tapi untuk orang jawa jamuan ni disebut sebagai 'bancaan'.

Menu 'bancaan' ni plak biasanya 'nasi ambang' yang dimodified isi kandungannya. Yelah kan, yang datang makan pun bebudak, so isi 'nasi ambang' pun kena lah yang tak pedas-pedas sangat. :) Untuk kali ini, isi kandungannya adalah:
  1. Nasi putih.
  2. Tempe (wajib) hahahaha...
  3. Ayam goreng.
  4. Telur rebus.
  5. Mee goreng.
  6. Sayur kacang panjang dan sawi.
  7. Kacang tanah.
  8. Gereh (ikan masin) hahahahaha.... oopppssss..
  9. Ayam masak kicap...
  10. Daun Pisang (jangan dimakan plak, buat alas je tau.)
Dan rupanya adalah:



Bagi yang dah biase tengok 'nasi 'ambang' ni memang la tak heran kan.. Tapi yang jarang-jarang tengok lak mesti tertanya-tanya camne diorang ni nak makan!. Haaa... nak tau camne diorang makan?.. Camni la....



Semoga anakandaku Aliff Muzhaffar menjadi insan yang soleh dan berguna pada masyarakat satu hari nati. Insya' Allah.. :)
Share:

Thursday, April 8, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Salam semua,

Cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang bertempat di bangunan PWTC. Pesta buku tu bermula 19 Mac hingga 28 Mac 2010. Disebabkan kebetulan time tu cuti sekolah dan aku pun tengah cuti panjang so secara automatiknya pesta buku tersebut tersenarai dalam program cuti kami. Hahahaha!



Kitorang pegi pada hari pembukaan iaitu 19 hb Mac (jumaat), walaupun secara teknikalnya pesta buku tu dah bermula tetapi masih banyak persiapan yang sedang dibuat sebab perasmiannya belum dilaksanakan lagi. Umat manusia yang ade kat situ punyalah ramai, termasuklah kami sefamili yang turut menyesakkan suasana kat situ.



Kitorang beli gak la buku untuk Aliff ni. Dah sampai kat sini takkan nak balik tangan kosong plak kan!. Tapi, memang best la pesta buku nie, x abis tempat kitorang pusing-pusing, aku pun x beli buku ape-ape buku untuk diri sendiri.. :( Tunggu la tahun depan, aku nak beli bebanyak. :)
Share: