Friday, April 9, 2010

Birthday Aliff Ke-5

Tahun ni adalah merupakan hari lahir Aliff yang ke-5. Kebetulan plak besday Aliff ni pastinya jatuh pada waktu cuti sekolah.



Memang tetiap tahun Aliff xpenah miss dapat kek harijadi. Apa salahnye kan, bukannya selalu dapat makan kek ade gambar kartun kan. Hahaha..



Tarikh lahirnya adalah 14/3/2005. Pada kali ini kami bercadang nak buat sedikit sambutan hari lahir kat kampung plak iaitu kat Kampung Kundang, Kuala Langat, Selangor. Memang hajat kami sebenarnya nak buat jamuan sedikit, tapi untuk orang jawa jamuan ni disebut sebagai 'bancaan'.

Menu 'bancaan' ni plak biasanya 'nasi ambang' yang dimodified isi kandungannya. Yelah kan, yang datang makan pun bebudak, so isi 'nasi ambang' pun kena lah yang tak pedas-pedas sangat. :) Untuk kali ini, isi kandungannya adalah:
  1. Nasi putih.
  2. Tempe (wajib) hahahaha...
  3. Ayam goreng.
  4. Telur rebus.
  5. Mee goreng.
  6. Sayur kacang panjang dan sawi.
  7. Kacang tanah.
  8. Gereh (ikan masin) hahahahaha.... oopppssss..
  9. Ayam masak kicap...
  10. Daun Pisang (jangan dimakan plak, buat alas je tau.)
Dan rupanya adalah:



Bagi yang dah biase tengok 'nasi 'ambang' ni memang la tak heran kan.. Tapi yang jarang-jarang tengok lak mesti tertanya-tanya camne diorang ni nak makan!. Haaa... nak tau camne diorang makan?.. Camni la....



Semoga anakandaku Aliff Muzhaffar menjadi insan yang soleh dan berguna pada masyarakat satu hari nati. Insya' Allah.. :)
Share: