Thursday, April 8, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010

Salam semua,

Cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 yang bertempat di bangunan PWTC. Pesta buku tu bermula 19 Mac hingga 28 Mac 2010. Disebabkan kebetulan time tu cuti sekolah dan aku pun tengah cuti panjang so secara automatiknya pesta buku tersebut tersenarai dalam program cuti kami. Hahahaha!



Kitorang pegi pada hari pembukaan iaitu 19 hb Mac (jumaat), walaupun secara teknikalnya pesta buku tu dah bermula tetapi masih banyak persiapan yang sedang dibuat sebab perasmiannya belum dilaksanakan lagi. Umat manusia yang ade kat situ punyalah ramai, termasuklah kami sefamili yang turut menyesakkan suasana kat situ.



Kitorang beli gak la buku untuk Aliff ni. Dah sampai kat sini takkan nak balik tangan kosong plak kan!. Tapi, memang best la pesta buku nie, x abis tempat kitorang pusing-pusing, aku pun x beli buku ape-ape buku untuk diri sendiri.. :( Tunggu la tahun depan, aku nak beli bebanyak. :)
Share: