Wednesday, May 19, 2010

Motivasikan Diri Sendiri

Salam to all.

Selepas membaca buku daripada Cherie Carter-Scott, PH.D bertajuk 'If Succes is a game, these are the rules' aku mula dapat memotivasikan sedikit diri ku yang sedang parah kebosanan. Ye, aku bosan.

Tapi bukan pasal apa pun, sebaliknya pasal rutin keje yang sama ajer dari pagi isnin sampai pagi jumaat.Aku dapat sedikit sebanyak 'quote' yang bagus untuk motivatekan diri. Walaupun kita selalu dengar, tapi kita selalu buat tak kisah. Contohnya adalah:

'The formula to a fullfillment life is to find what brings you joy and satisfaction, and trust that it will also bring you prosperity. Find what makes your blood boil, and trust that it will also fuel your existence. Discover what makes your heart sing, and trust that it will create music in your life'.

Aku tau ape maksud dia, tapi aku malas nak interpretasikan disini. Yang penting aku faham apa yg aku nak, aku mahu, aku perlu dan aku inginkan.! Untuk sasaran pertama aku mesti pastikan dalam ASB aku nant ade sekurang-kurangnya RM10 ,000 pada Disember 2010 nanti. Hahaha! Aku boleh!

Actually, entry kali ini aku buat melalui Microsoft Office Word 2007 menggunakan blog post yang disediakan. Aku nak try gak la, kot2 memudahakan pada masa akan datang. Kalu dah berjaya nanti aku akan cuba terangkan secara detail pada next entry yek. ! Salam

Share:

Wednesday, May 12, 2010

Warga Bangsat

Mereka ini sebenarnya sedang dibantu memulihkan diri, dibantu juga dalam membentuk semula peribadi diri yang terpuji. Supaya menjadi manusia yang boleh berjasa kepada negara, bangsa dan agama. Tapi, mahukah mereka ini dibantu? ataupun lebih tepat lagi 'PERLUKAH mereka ini dibantu' sampai sedemikian rupa?

Ramai yang boleh pulih dari masalah ini, tapi LEBIH ramai yang MEMILIH kembali semula ke tabiat lama. Bukan itu sahaja, dihasutnya orang-orang lain untuk sama terjerumus bergemulang dosa. "BANGSAT" adalah perkataan yang aku rasa amat tepat untuk orang-orang sebegini.

Bukan calang-calang orang yang bermasalah sebegini, daripada remaja yang masih bersekolah sampailah ke imam masjid semuanya ada. Semua bangsa pun ada, dan majoritinya adalah melayu. Ah... sinonim betul melayu dengan masalah ini.

Aku bukanlah berpelajaran tinggi, tapi aku masih waras untuk menentukan yang mana halal dan haram.

"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)





So, benda tu pulak memang memabukkan dan sahlah lah ia HARAM.
~~~~ dadah pun haram la wei~~~

Share: