Wednesday, May 12, 2010

Warga Bangsat

Mereka ini sebenarnya sedang dibantu memulihkan diri, dibantu juga dalam membentuk semula peribadi diri yang terpuji. Supaya menjadi manusia yang boleh berjasa kepada negara, bangsa dan agama. Tapi, mahukah mereka ini dibantu? ataupun lebih tepat lagi 'PERLUKAH mereka ini dibantu' sampai sedemikian rupa?

Ramai yang boleh pulih dari masalah ini, tapi LEBIH ramai yang MEMILIH kembali semula ke tabiat lama. Bukan itu sahaja, dihasutnya orang-orang lain untuk sama terjerumus bergemulang dosa. "BANGSAT" adalah perkataan yang aku rasa amat tepat untuk orang-orang sebegini.

Bukan calang-calang orang yang bermasalah sebegini, daripada remaja yang masih bersekolah sampailah ke imam masjid semuanya ada. Semua bangsa pun ada, dan majoritinya adalah melayu. Ah... sinonim betul melayu dengan masalah ini.

Aku bukanlah berpelajaran tinggi, tapi aku masih waras untuk menentukan yang mana halal dan haram.

"Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram." (Riwayat Muslim)





So, benda tu pulak memang memabukkan dan sahlah lah ia HARAM.
~~~~ dadah pun haram la wei~~~

Share: