Monday, June 28, 2010

Berhati-hati Masa Tukar 'Spark Plug' Kereta

Salam semuanya.

Semakin hari semakin tergerak niat di hati ini nak memberitahu sedikit sebanyak pengalaman aku semasa menghantar kereta untuk diservis ni. Macam biasa semua orang akan pergi hantar kereta untuk diservis, tetapi berapa ramai yang memantau aktiviti servis tersebut.

Antara perkara yang biasa dibuat semasa servis kereta adalah:

a. Tukar minyak pelincir (minyak hitam)
b. Tukar penapis minyak pelincir (oil filter)
c. Periksa kandungan air.
d. Periksa kandungan minyak 'clutch'.

Kadang-kadang, ada antara kita yang menukar palam pencucuh baru (spark plug) sebab keadaan yang semakin uzur. Yang uzur tu biasanya kepala 'plug' dia dah hitam, berkarbon atau berminyak. Cerita pasal 'plug' ni aku nak cerita sedikit pengalaman yang aku lalui di sini.




'Pada suatu petang selepas aku pulang dari kerja, aku pun hantar kereta untuk tukar 'spark plug' ni, sebabnya kereta aku ni dah ada 'internal damage' sikit. Enjin kereta aku ni ada bocor di kawasan minyak pelincir yang merosakkan 'plug' ni.

Dah memang enjin kereta ni guna 4 biji 'plug'. Nak 'repair' pun makan masa dan duit jugak, aku tiada semua itu, jadi aku cuma tukar je lah 'plug' ni bila nak mula rosak. Biasanya orang tukar 'plug' 7-8 bulan sekali, tapi aku 2-3 bulan sekali!.


Biasanya aku akan pantau semua kegiatan servis kereta ni, bagi elakkan penipuan berlaku. Tapi tempat yang aku selalu hantar servis kereta ni memang jujur dan baik bossnya. Jadi, tak perlulah aku 'over' sangat kan. 

Tapi malangnya, ada satu kedai servis kereta kat RAUB ni yang memang menipu. Aku terleka seketika semasa diorang tukar 'plug' kereta dan diorang ambil kesempatan. 4 biji 'plug' tu tak semuanya rosak teruk, cuma 1-2 aje. Bakinya tu masih boleh diharapkan la. Mula-mula diorang tunjuk kat aku 'plug' yang baru dan masih dalam plastik. Aku pun okeykan aje la. Pastu masa dah siap pasang, aku terperasan yang mamat pekerja ni tak buang 'plug' yang dah ditukar tu. Sebaliknya dia tunjuk kat boss dia, dan terus masuk dalam kedai simpan 'plug rosak' tadi tu.

Hairan kan!!

Aku tak ambil kisah sangat, sebab aku ingatkan maybe dia nak kumpulkan 'plug' tu dan jual semula. Kot-kot boleh dapat duit kan. Tapi, lepas 2-3 hari tukar 'plug' kereta tu aku dah mula rasa something wrong kat 'plug' ni. Tekan pedal minyak tapi pembakaran kurang, rasa macam sangkut-sangkut.

Confirm!.. aku dah kena tipu. Rupanya diorang cuma tukar 2 biji je 'plug' tu. Tukar pun yang betul-betul rosak tu, dan yang masih ok tu diorang tak cabut pun. Jadi, diorang dah simpan semula dalam kedai 2 biji 'plug' baru yang aku dah bayar tadi. Apa nak buat?

Aku ambil ini sebagai pengajaran. Jangan harap aku nak datang kedai mamat ni lagi. Kepada semua pembaca, sila pantau SEMUA aktiviti servis ini, at least dapat kita belajar sedikit sebanyak hal-hal kereta ni. Jangan la percaya kat kedai servis kereta ni 100%.

Ketahuilah hak anda!.

Jumpa lagi.


Share:

Wednesday, June 9, 2010

Dataran Lepak Time

Cuti sekolah datang lagi.

Yahuu!!


Tapi aku tak boleh nak cuti lama-lama sebab minggu kedua cuti sekolah tu aku kena pergi kursus pulak. Dah la kursus tu lama giler, sampai 11 hari!. Nasib baikla kursus tu penting untuk kerjaya aku, kalau tidak.. huh.. kirim salam la aku nak pergi. Lebih baik bercuti-cutian dengan famili kan?



Hahahaha.... Dan, akhirnya pada minggu pertama cuti ni kitorang pun secara automatik plak tergerak nak lepak di Dataran Merdeka malam tadi. Saje je bersantai-santaian. Hihihi.. orang pun tak ramai, so suasana cool aje lah.. adalah tak sampai 10 famili yang turut lepak kat situ :)

Disebabkan kitorang ni sebenarnya on the way balik ke Klang dari Raub, so dressing pun ala-ala nak tido dah ni. Itu pasallah Aliff dah siap pakai pijama tuh.! hahahaha... sempoi...

...
Oklah... cukup dulu setakat ni.. will write more later.. Salam!

Share:

Wednesday, June 2, 2010

What book do I Read?



Tak banyak buku yang aku rajin baca sampai habis. Kalau terpaksa baca pun sebab nak ambik peperiksaan untuk diploma punya pasal. Lepas grad aritu langsung tak baca apa-apa dah. Kalau baca majalah tu memang la banyak tak terkira. Tapi bila bab nak baca BUKU ni secara automatisnya aku akan cepat bosan. :) (elehh... korang pun sama gak kan!)

Kemudian aku tergerak nak beli buku ni. Yang berkisar pasal memotivasikan diri dan mewujudkan keyakinan dalam diri.

Fuhhh... ayat aku ni macam bagus je kan. Tapi, semasa aku membaca buku ni, memang aku rasa sangat teruja dan terkejut sebab banyak lagi kemahiran dan skil yang kita ade tapi masih belum diteroka.

Ayat-ayat motivasi yang digunakan memang amat mendorong dan contoh-contoh kisah benar yang diberi memang turut merangsang pemikiran aku. :)

Dah rasa macam Donald Trump plak rasa.. YOU"RE FIRED..

Share: