Monday, June 28, 2010

Berhati-hati Masa Tukar 'Spark Plug' Kereta

Salam semuanya.

Semakin hari semakin tergerak niat di hati ini nak memberitahu sedikit sebanyak pengalaman aku semasa menghantar kereta untuk diservis ni. Macam biasa semua orang akan pergi hantar kereta untuk diservis, tetapi berapa ramai yang memantau aktiviti servis tersebut.

Antara perkara yang biasa dibuat semasa servis kereta adalah:

a. Tukar minyak pelincir (minyak hitam)
b. Tukar penapis minyak pelincir (oil filter)
c. Periksa kandungan air.
d. Periksa kandungan minyak 'clutch'.

Kadang-kadang, ada antara kita yang menukar palam pencucuh baru (spark plug) sebab keadaan yang semakin uzur. Yang uzur tu biasanya kepala 'plug' dia dah hitam, berkarbon atau berminyak. Cerita pasal 'plug' ni aku nak cerita sedikit pengalaman yang aku lalui di sini.




'Pada suatu petang selepas aku pulang dari kerja, aku pun hantar kereta untuk tukar 'spark plug' ni, sebabnya kereta aku ni dah ada 'internal damage' sikit. Enjin kereta aku ni ada bocor di kawasan minyak pelincir yang merosakkan 'plug' ni.

Dah memang enjin kereta ni guna 4 biji 'plug'. Nak 'repair' pun makan masa dan duit jugak, aku tiada semua itu, jadi aku cuma tukar je lah 'plug' ni bila nak mula rosak. Biasanya orang tukar 'plug' 7-8 bulan sekali, tapi aku 2-3 bulan sekali!.


Biasanya aku akan pantau semua kegiatan servis kereta ni, bagi elakkan penipuan berlaku. Tapi tempat yang aku selalu hantar servis kereta ni memang jujur dan baik bossnya. Jadi, tak perlulah aku 'over' sangat kan. 

Tapi malangnya, ada satu kedai servis kereta kat RAUB ni yang memang menipu. Aku terleka seketika semasa diorang tukar 'plug' kereta dan diorang ambil kesempatan. 4 biji 'plug' tu tak semuanya rosak teruk, cuma 1-2 aje. Bakinya tu masih boleh diharapkan la. Mula-mula diorang tunjuk kat aku 'plug' yang baru dan masih dalam plastik. Aku pun okeykan aje la. Pastu masa dah siap pasang, aku terperasan yang mamat pekerja ni tak buang 'plug' yang dah ditukar tu. Sebaliknya dia tunjuk kat boss dia, dan terus masuk dalam kedai simpan 'plug rosak' tadi tu.

Hairan kan!!

Aku tak ambil kisah sangat, sebab aku ingatkan maybe dia nak kumpulkan 'plug' tu dan jual semula. Kot-kot boleh dapat duit kan. Tapi, lepas 2-3 hari tukar 'plug' kereta tu aku dah mula rasa something wrong kat 'plug' ni. Tekan pedal minyak tapi pembakaran kurang, rasa macam sangkut-sangkut.

Confirm!.. aku dah kena tipu. Rupanya diorang cuma tukar 2 biji je 'plug' tu. Tukar pun yang betul-betul rosak tu, dan yang masih ok tu diorang tak cabut pun. Jadi, diorang dah simpan semula dalam kedai 2 biji 'plug' baru yang aku dah bayar tadi. Apa nak buat?

Aku ambil ini sebagai pengajaran. Jangan harap aku nak datang kedai mamat ni lagi. Kepada semua pembaca, sila pantau SEMUA aktiviti servis ini, at least dapat kita belajar sedikit sebanyak hal-hal kereta ni. Jangan la percaya kat kedai servis kereta ni 100%.

Ketahuilah hak anda!.

Jumpa lagi.