Tuesday, July 20, 2010

The New 'THOR' Movie



Ini adalah Thor, nampak macam pekerja buruh kasar kan?. Tapi hakikatnya dia adalah dewa yang diturunkan ke bumi atas keangkuhannya. Jangan konfius! kerana imej ini adalah snapshot daripada filem sains fiksyen terbaru daripada MARVEL.

Ingat senang ke nak cari pelakon yang mempunyai fizikal serupa macam THOR. Tapi at last jumpa juga la yang mirip-mirip THOR ni. Yang penting tangan pelakon tu kena besar macam tangan Popeye.

Sekarang ni dah banyak filem yang berlandaskan watak-watak superhero dari komik-komik popular seluruh dunia. Sebut saja watak-watak seperti Spiderman, X-Men, Superman, Iron Man, Batman, Hulk dan banyak lagi la (nak sebut satu-satu memang tak abis kang).

Tapi untuk filem sains fiksyen kali ini aku rasakan agak menarik untuk aku tonton sebab watak utamanya adalah superhero yang bernama THOR. Filem ini dijadualkan masuk panggung pada bulan Mei 2011. Dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures dan Marvel.


Plot cerita kali ini adalah berkisar tentang alam fantasi bernama Asgard dan juga bumi. Thor yang dilakonkan oleh Chris Hemsworth adalah seorang dewa yang sangat gagah tetapi juga amat bongkak. Thor ini juga telah dengan tidak sengaja telah mewujudkan peperangan di Asgard suatu masa dahulu, dan disebabkan itu dia disingkirkan ke bumi oleh Odin (bapak Thor). Thor kemudiannya terpaksa hidup bersama-sama manusia di bumi. Jane Foster (lakonan Natalie Portman) adalah seorang saintis yang telah jatuh cinta pada Thor (cinta pertama Thor). Ketika berada di bumi lah Thor dapat belajar menjadi superhero yang sebenarnya.

(snapshot daripada filem)


Musuh utama Thor rasanya adalah Loki (adik tiri Thor) berdasarkan kepada imej-imej preview kepada filem ini. Nak tengok rupa loki camna? tengoklah sendiri ye.

THOR vs LOKI
(bukan snapshot filem)

LOKI
(pun bukan snapshot filem)

Oleh kerana tayangannya lambat lagi, so bawak-bawak la bersabar ye. Takpun pi la tengok Toy Story 3 tu kan!

Salam.
Share:

Monday, July 19, 2010

Masalah iPhone 4

iPhone 4. Berminat? Nanti dulu, fikirlah masak-masak!



Ramai antara kita di luar sana yang sudah pun tahu akan kelemahan yang telah dikenalpasti terdapat pada telefon iPhone 4 keluaran Apple. Bagi mereka yang belum tahu, kelemahan yang paling ketara adalah:

Punca:

Antenna besi yang berada diluar 'casing' telefon ini akan gagal menerima gelombang jika dipegang dengan cara yang salah.

Cara yang salah?

Ya, siapa sangka sebuah syarikat pengeluar alat elektronik terunggul di Amerika akan mengeluarkan produk yang gagal berfungsi hanya kerana cara pegangan yang salah!

(cara yang salah memegang telefon iPhone 4)



Pelik kan?

So, janganlah tanya aku cara pegang yang betul Sebab aku sendiri belum mampu nak pakai iPhone 4 ni. Aku cuma sempat berangan-angan aje!

Tapi Apple telah pun menyediakan jalan penyelesaiannya! Mereka telah mencipta 'bumper' yang berfungsi mengurangkan masalah tersebut. 'Bumper' tersebut berupa getah yang meliputi kawasan 'metal antenna' tersebut. Ianya telah diuji dan didapati amat berkesan. Buat masa ini pengguna iPhone 4 telah diberikan 'bumper' ini secara percuma sehingga next week.

After that? Beli sendiri dengan harga USD$29 setiap satu.




Hampeh!!
Share:

Wednesday, July 14, 2010

Nak Tahu Muzik Yang Sesuai Dengan Mood Anda?

Apa mood anda hari ini?

Bosan? Sedih? Gembira? Blur? Fed-up? Confius? Pening?

Rileks.. rileks! jangan cepat melatah atau menghantukkan kepala anda kat dinding sebabnya kitorang dah jumpa laman web yang sesuai untuk anda.

Getty Images telah melancarkan satu web khas yang berunsurkan “brainstorming tool” yang di panggil Moodstream.




Melalui laman web ini, kita boleh hanya perlu menetapkan tahap emosi seperti gembira, sedih, tenang, kelakar dan sebagainya. Selepas menetapkan emosi pilihan kita, kita hanya perlu 'stream' dan keluarlah muzik beserta imej yang sesuai dengan mood pilihan kita!




Site ini mengandungi foto-foto, video dan juga muzik yang terkandung di dalam library mereka yang sangat besar sebagai sumber material. Tapi jangan haraplah nak dengar lagu melayu sebab koleksi siorang ni semuanya lagu inggeris!


Rasa-rasa kalau nak layan blues boleh la dengar!

Salam
(Nak layan jiwang jap!)

Share:

Monday, July 12, 2010

Lesen Jenis Apa Untuk Kereta Terbang?

Mahukan kereta yang boleh terbang?

(Maaflah ye, kereta ni tak boleh dijumpai kat mana-mana pun di Malaysia)

Lebih dikenali sebagai Terrafugia ia adalah sebuah kapal terbang mini yang turut boleh bergerak di jalanraya. Dan kini ianya semakin hampir untuk mendapatkan kelulusan untuk membenarkannya terbang di udara dan bergerak di jalanraya.


Kereta ini telah pun melepasi peraturan yang ditetapkan Federal Aviation Administration (FAA) berkaitan dengan beratnya selaku sebuah kapal terbang mini.




Kenderaan ini hanya mempunyai dua tempat duduk dan berat kasarnya adalah lebih kurang 50kg (ringannya!) dan telah pun menyudahkan penerbangan sulungnya pada bulan Mac lepas di New York. Berpandukan kepada perekanya, Terrafugia ini mampu bertukar daripada sebuah kenderaan dijalanraya dengan kelajuan 120km/j kepada sebuah kapal terbang dengan hanya 30 saat sahaja.

Kapal terbang ini pula berkeupayaan untuk terbang pada kelajuan 185km/j dan merangkumi kawasan seluas 644 kilometer sebelum memerlukan pengisian minyak semula.

(Tak tau la plak, bape liter minyak petrol kereta ni pakai!)

Hebat bukan?

Harganya pula adalah dianggarkan pada US $200,000 dan penghantaran dijangka di Amerika bermula pada tahun hadapan, dan ianya bergantung kepada keputusan ujian kemalangan terlebih dahulu.


(Agak-agak lesen jenis apa nak guna kereta ni haa?)
Share:

Saturday, July 10, 2010

I Know What You're Using ON Your PC


Pernah dengar WAKOOPA?
(link here)

'Wakoopa is a social network that helps people discover the best software, games and web apps on the market. Sign-up, install a small tracker on your desktop and automatically create your online software profile that you can share with friends and the world, also through widgets'.



Wakoopa juga memastikan kita sentiasa di'update'kan dengan maklumat mengenai program yang digunakan oleh rakan-rakan, dan turut memberikan cadangan program/laman web yang boleh dilawati, termasuklah games, audio & video players, instant messengers ataupun office tools.

Cara berfungsi:

1) Daftar dan login.


2) Download tracker dan install. Tracker ini akan monitor apa software dan program yang kita guna (termasuklah kekerapan dan tempoh masa digunakan). Ia juga monitor other people's computer and show it to public here).


3) Ianya beroperasi secara automatik. (jangan risau, ianya free daripada virus)




Jadi, kalau rasa-rasa nak tahu program yang sedang top dan hot di pasaran, boleh lah lawat dan join WAKOOPA ni (kalu tak nak ketinggalan maklumat lah!).

Jangan lupa add saya sekali. :)

Salam.
Share:

Thursday, July 8, 2010

Otak Penghasut Utama Kegemukan

Nasi lemak, roti canai, dan donut (aku suka donut, yum! yum!) adalah sebahagian daripada makanan yang kita ambil sehari-hari. Semuanya menggemukkan! Tapi, janganlah kita lupa, bukan makanan itu sahaja yang patut dipersalahkan, tetapi otak kita juga turut bersubahat!

Tak percaya?


Kerana otaklah yang tergila-gilakan 'kemanisan dalam makan' dan bukannya perut. Aku akan ringkaskan daripada artikel sebenarnya (klik tajuk di atas).


'Ketagihan' ini adalah berpunca daripada sistem saraf neuron yang bersambungan dan telah berkembang sejak dari hari kelahiran. Sistem neurons inilah yang mendorong kepada 'survival' kita seperti kehendak
untuk makan, minum yang menentukan kesinambungan hidup. Jarang kita ketagih pada sayur-sayuran bukan? ini kerana ianya mudah didapati dan otak kita mentafsir ianya sudah sudah menjadi kebiasaan.




Kita sepatutnya berhenti makan apabila hampir kenyang. Tetapi otak memberi signal bahawa nikmat merasa makanan harus berterusan (walaupun dah kenyang). Kerana itulah, ramai yang masih menambah makan walaupun sistem badan dah mendapat keperluan yang sepatutnya!

Cara mengatasi:


Sistem badan dikawal oleh otak, otak hanya mencadangkan apa yang patut di makan dan kita yang mengawal apa yang masuk ke dalam perut kita. Tiada cara lain selain daripada memanipulasi sistem badan yang 'dahagakan' makanan yang menggemukkan. Oleh itu, pastikan hanya mengambil makanan apabila perlu sahaja, dan bukanlah satu kemestian untuk terus makan walaupun perut masih lagi kenyang. Ikutilah sunah nabi 'makanlah kamu ketika lapar, dan berhentilah sebelum kenyang'
.

Salam.
Share:

Tuesday, July 6, 2010

Ucapan Terima Kasih

Salam semua.

Bulan lepas adalah bulan harijadi aku yang ke 32. Hari itu telah jatuh pada hari bekerja, dan hanya aku yang mengetahuinya di tempat kerja. Nampak sangat diorang tak ambik kisah pasal aku.

Tapi, aku masih lagi terima wish daripada my wife and my boy, dan termasuk la geng-geng Facebook yang aku kenal. Anyway, terima kasih atas ucapan tersebut dan moga doa-doa kalian makbul. 


Terima kasih banyak-banyak.

Sambutan?... Takde pun.




(antara yang sempat aku upload, yang wish tapi takde dlm pic tu sori!)

Lastly,bila dah weekend baru la dapat balik celebrate ngan family.  Tak kisah la walaupun dah 3-4 hari lambat. :) Walaupun sambutan amat simple, tapi amat bermakna buatku.

Hilang kepenatan memandu selama 2 jam setengah selepas tengok kek coklat dengan kad ucapan 'handmade' dari my boy dan mama dia. 


Isk.. isk.. I luv u all, and thanks for the birthday present!.


Salam, terima kasih sekali lagi.

Share: