Monday, July 12, 2010

Lesen Jenis Apa Untuk Kereta Terbang?

Mahukan kereta yang boleh terbang?

(Maaflah ye, kereta ni tak boleh dijumpai kat mana-mana pun di Malaysia)

Lebih dikenali sebagai Terrafugia ia adalah sebuah kapal terbang mini yang turut boleh bergerak di jalanraya. Dan kini ianya semakin hampir untuk mendapatkan kelulusan untuk membenarkannya terbang di udara dan bergerak di jalanraya.


Kereta ini telah pun melepasi peraturan yang ditetapkan Federal Aviation Administration (FAA) berkaitan dengan beratnya selaku sebuah kapal terbang mini.




Kenderaan ini hanya mempunyai dua tempat duduk dan berat kasarnya adalah lebih kurang 50kg (ringannya!) dan telah pun menyudahkan penerbangan sulungnya pada bulan Mac lepas di New York. Berpandukan kepada perekanya, Terrafugia ini mampu bertukar daripada sebuah kenderaan dijalanraya dengan kelajuan 120km/j kepada sebuah kapal terbang dengan hanya 30 saat sahaja.

Kapal terbang ini pula berkeupayaan untuk terbang pada kelajuan 185km/j dan merangkumi kawasan seluas 644 kilometer sebelum memerlukan pengisian minyak semula.

(Tak tau la plak, bape liter minyak petrol kereta ni pakai!)

Hebat bukan?

Harganya pula adalah dianggarkan pada US $200,000 dan penghantaran dijangka di Amerika bermula pada tahun hadapan, dan ianya bergantung kepada keputusan ujian kemalangan terlebih dahulu.


(Agak-agak lesen jenis apa nak guna kereta ni haa?)
Share: