Monday, July 19, 2010

Masalah iPhone 4

iPhone 4. Berminat? Nanti dulu, fikirlah masak-masak!



Ramai antara kita di luar sana yang sudah pun tahu akan kelemahan yang telah dikenalpasti terdapat pada telefon iPhone 4 keluaran Apple. Bagi mereka yang belum tahu, kelemahan yang paling ketara adalah:

Punca:

Antenna besi yang berada diluar 'casing' telefon ini akan gagal menerima gelombang jika dipegang dengan cara yang salah.

Cara yang salah?

Ya, siapa sangka sebuah syarikat pengeluar alat elektronik terunggul di Amerika akan mengeluarkan produk yang gagal berfungsi hanya kerana cara pegangan yang salah!

(cara yang salah memegang telefon iPhone 4)



Pelik kan?

So, janganlah tanya aku cara pegang yang betul Sebab aku sendiri belum mampu nak pakai iPhone 4 ni. Aku cuma sempat berangan-angan aje!

Tapi Apple telah pun menyediakan jalan penyelesaiannya! Mereka telah mencipta 'bumper' yang berfungsi mengurangkan masalah tersebut. 'Bumper' tersebut berupa getah yang meliputi kawasan 'metal antenna' tersebut. Ianya telah diuji dan didapati amat berkesan. Buat masa ini pengguna iPhone 4 telah diberikan 'bumper' ini secara percuma sehingga next week.

After that? Beli sendiri dengan harga USD$29 setiap satu.




Hampeh!!
Share: