Tuesday, July 20, 2010

The New 'THOR' Movie



Ini adalah Thor, nampak macam pekerja buruh kasar kan?. Tapi hakikatnya dia adalah dewa yang diturunkan ke bumi atas keangkuhannya. Jangan konfius! kerana imej ini adalah snapshot daripada filem sains fiksyen terbaru daripada MARVEL.

Ingat senang ke nak cari pelakon yang mempunyai fizikal serupa macam THOR. Tapi at last jumpa juga la yang mirip-mirip THOR ni. Yang penting tangan pelakon tu kena besar macam tangan Popeye.

Sekarang ni dah banyak filem yang berlandaskan watak-watak superhero dari komik-komik popular seluruh dunia. Sebut saja watak-watak seperti Spiderman, X-Men, Superman, Iron Man, Batman, Hulk dan banyak lagi la (nak sebut satu-satu memang tak abis kang).

Tapi untuk filem sains fiksyen kali ini aku rasakan agak menarik untuk aku tonton sebab watak utamanya adalah superhero yang bernama THOR. Filem ini dijadualkan masuk panggung pada bulan Mei 2011. Dan dikeluarkan oleh Paramount Pictures dan Marvel.


Plot cerita kali ini adalah berkisar tentang alam fantasi bernama Asgard dan juga bumi. Thor yang dilakonkan oleh Chris Hemsworth adalah seorang dewa yang sangat gagah tetapi juga amat bongkak. Thor ini juga telah dengan tidak sengaja telah mewujudkan peperangan di Asgard suatu masa dahulu, dan disebabkan itu dia disingkirkan ke bumi oleh Odin (bapak Thor). Thor kemudiannya terpaksa hidup bersama-sama manusia di bumi. Jane Foster (lakonan Natalie Portman) adalah seorang saintis yang telah jatuh cinta pada Thor (cinta pertama Thor). Ketika berada di bumi lah Thor dapat belajar menjadi superhero yang sebenarnya.

(snapshot daripada filem)


Musuh utama Thor rasanya adalah Loki (adik tiri Thor) berdasarkan kepada imej-imej preview kepada filem ini. Nak tengok rupa loki camna? tengoklah sendiri ye.

THOR vs LOKI
(bukan snapshot filem)

LOKI
(pun bukan snapshot filem)

Oleh kerana tayangannya lambat lagi, so bawak-bawak la bersabar ye. Takpun pi la tengok Toy Story 3 tu kan!

Salam.
Share: