Thursday, July 8, 2010

Otak Penghasut Utama Kegemukan

Nasi lemak, roti canai, dan donut (aku suka donut, yum! yum!) adalah sebahagian daripada makanan yang kita ambil sehari-hari. Semuanya menggemukkan! Tapi, janganlah kita lupa, bukan makanan itu sahaja yang patut dipersalahkan, tetapi otak kita juga turut bersubahat!

Tak percaya?


Kerana otaklah yang tergila-gilakan 'kemanisan dalam makan' dan bukannya perut. Aku akan ringkaskan daripada artikel sebenarnya (klik tajuk di atas).


'Ketagihan' ini adalah berpunca daripada sistem saraf neuron yang bersambungan dan telah berkembang sejak dari hari kelahiran. Sistem neurons inilah yang mendorong kepada 'survival' kita seperti kehendak
untuk makan, minum yang menentukan kesinambungan hidup. Jarang kita ketagih pada sayur-sayuran bukan? ini kerana ianya mudah didapati dan otak kita mentafsir ianya sudah sudah menjadi kebiasaan.




Kita sepatutnya berhenti makan apabila hampir kenyang. Tetapi otak memberi signal bahawa nikmat merasa makanan harus berterusan (walaupun dah kenyang). Kerana itulah, ramai yang masih menambah makan walaupun sistem badan dah mendapat keperluan yang sepatutnya!

Cara mengatasi:


Sistem badan dikawal oleh otak, otak hanya mencadangkan apa yang patut di makan dan kita yang mengawal apa yang masuk ke dalam perut kita. Tiada cara lain selain daripada memanipulasi sistem badan yang 'dahagakan' makanan yang menggemukkan. Oleh itu, pastikan hanya mengambil makanan apabila perlu sahaja, dan bukanlah satu kemestian untuk terus makan walaupun perut masih lagi kenyang. Ikutilah sunah nabi 'makanlah kamu ketika lapar, dan berhentilah sebelum kenyang'
.

Salam.
Share: