Tuesday, July 6, 2010

Ucapan Terima Kasih

Salam semua.

Bulan lepas adalah bulan harijadi aku yang ke 32. Hari itu telah jatuh pada hari bekerja, dan hanya aku yang mengetahuinya di tempat kerja. Nampak sangat diorang tak ambik kisah pasal aku.

Tapi, aku masih lagi terima wish daripada my wife and my boy, dan termasuk la geng-geng Facebook yang aku kenal. Anyway, terima kasih atas ucapan tersebut dan moga doa-doa kalian makbul. 


Terima kasih banyak-banyak.

Sambutan?... Takde pun.




(antara yang sempat aku upload, yang wish tapi takde dlm pic tu sori!)

Lastly,bila dah weekend baru la dapat balik celebrate ngan family.  Tak kisah la walaupun dah 3-4 hari lambat. :) Walaupun sambutan amat simple, tapi amat bermakna buatku.

Hilang kepenatan memandu selama 2 jam setengah selepas tengok kek coklat dengan kad ucapan 'handmade' dari my boy dan mama dia. 


Isk.. isk.. I luv u all, and thanks for the birthday present!.


Salam, terima kasih sekali lagi.

Share: