Tuesday, August 24, 2010

Cerita Yang Bakal Bersambung-Sambung di Pawagam

Salam Ramadhan.

Aku baru lepas tonton DVD pirate 'SALT' (sori la sebab aku takde masa nak gi wayang tengok cerita ni). Dan aku rasa cerita ini adalah lebih kurang sama dengan mana-mana filem Hollywood yang biasa kita tonton. Aksinya memang 'top-notch'-gempak dan jalan cerita yang menggagumkan. Yang lebih menarik adalah kerana watak uatamanya adalah perempuan!


Angelina Jolie berlakon sebegai Evelyn Salt, yang bekerja sebagai CIA (biasalah filem Hollywood) dan merupakan warga Rusia yang telah dilatih sebagai perisik sejak kecil. Dituduh sebagai dalang kepada pembunuhan yang bakal dilakukannya, dia bertukar arah daripada pembelot kepada penyelamat negara. Fuhh!! Besar betul cita-cita dia.


Kalaulah watak utama ni lelaki, aku rasanya sambutannya akan jadi suram di pawagam. Tapi si Angelina Jolie ni menyelamatkan filem ini. Dan akhirannya aku dah agak, wataknya diburu oleh kedua-dua negara Amerika dan Rusia. (Lagi ganas).



Tapi jangan risau kerana sudah menjadi 'trend' filem Hollywood sekarang ni untuk keluarkan filem yang pasti ada sambungannya. Filem 'trilogy' lah katakan. Tak percaya? Meh aku bagitau filem yang bakal ada sambungannya nanti di pawagam:
  1. Avatar The Last Airbender.
  2. SALT.
  3. AVATAR.
Dan filem asal yang memang dah ada sambungan (lebih pun ada):
  1. STAR WARS (6 Siri)
  2. Back To The Future.
  3. Lord Of The Ring.
  4. The Matrix.
  5. Indiana Jones (my favourite, dah ada 4 siri)
  6. The GodFather.
  7. X-Men.
  8. SAW (dah ada 6, bakal masuk panggung yang ke-7)
  9. Die Hard.
  10. Bourne Identity.
  11. Twilight.
  12. Rambo.
  13. Alien.
  14. Predator.
  15. Alien vs Predator.
  16. Labu-Labi.
  17. Bujang Lapok. (hihihihihi)
Tapi yang 2 terakhir tu susah sikit la nak disambung lagi lepas ni.

Hahaha...


Share:

Friday, August 13, 2010

Cerita Malam Terawih


Salam.

Ramadhan datang lagi, dan macam biasa aku akan cuba untuk memenuhi malam-malam ini dengan solat sunat terawih di masjid. Tapi untuk tahun ini aku akan berterawih di daerah Raub (sebab aku kerja kat situ) tidak seperti tahun-tahun yang dahulu yang mana aku bermastautin di Klang bersama famili. Di Raub ini aku kembali hidup macam orang bujang!.

Yang menariknya, aku nak cerita sedikit pengalaman malam ke-3 terawih di masjid di satu kampung di sini. Seperti biasalah, pengunjungn masjid untuk solat terawih pun tidaklah seramai mana, sebab ia kawasan kampung. Dan kawasan letak kereta pun tidaklah serabut sangat sebab ramai yang datang naik motor.


Selepas selamat je aku menunaikan solat terawih pada rakaat ke-8, aku pun berniat nak baliklah sebab memang aku selalu buat pun 8 rakaat je. Ramai jugalah yang beransur pulang kerumah termasuk aku. Yang hairannya, kereta aku telah di 'block' secara tidak sengaja oleh 6 buah kereta!

Sedangkan parking yang lain semuanya kosong! KOSONG!! hanya tempat kereta aku sahaja yang ada 7 buah kereta (termasuk aku).


6 buah!

Utara, selatan, timur, barat, barat laut dan barat daya! itulah kedudukan kereta diorang ni. Aku tersepit kat tengah-tengah. Aku pun tunggulah kot-kot tuan kereta ni akan balik juga selepas selesai rakaat ke-8 ni. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tiada siapa pun yang datang.

'isk... masalah ni'.. 'takkan aku nak tunggu sampai abis 20 rakaat plak'... terdetik dalam hati aku.

Rupanya-rupanya, memang TUHAN dah tuliskan dalam takdir aku bahawa aku kena tunggu sampai habis solat sunat terawih 20 rakaat ni. Menyesal pulak aku, sebab buang masa tunggu diorang habiskan solat. Kalu aku ikut sama terawih pun bagus jugak.

Lama aku terfikir kejadian tadi. Rasanya aku dah faham, memang dah faham!! sebab yang habiskan solat terawih 20 rakaat tu rupanya cuma orang tua-tua dan makcik-makcik je.

TUHAN nak bagitahu kat aku rupanya, 'JANGAN TUNGGU DAH TUA BARU NAK BUAT AMAL BANYAK-BANYAK'. Buatnya ajal tak lama, kan ke dah kempunan!

Harap-harap aku bolehlah berusaha untuk membanyakkan amalan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Amin.

Share:

Monday, August 2, 2010

Writer's Block of the Month

2-3 minggu ni aku dilanda 'Writer's Block'! Haaa.. tau tak bende apa tu?.. ia adalah keadaan yang mana seseorang pengarang itu hilang upaya untuk mewujudkan hasil atau produk yang baru.



Kekadang tu, masalah ini jadi semakin berat sehinggakan ia boleh menyukarkan kita menyiapkan kerja YANG sedang dibuat.

Yang paling berat, ade kes ekstrem yang melanda penulis profesional sehinggakan ia berlarutan selama bertahun-tahun.. (mak aiihh) Sehingga mamat tu kena tukar kerjaya sebab dia merasakan itu bukan lagi bidang yang sesuai buatnye..



Penyelesaian: Takde! hahahaha.. Tapi penyakit ni banyak melanda kat blogger-bloger kat Malaysia ni.. Tak percaya?.. cuba masuk blog budak-budak kat dalam Gengblogger ni, ade blog yang design dia untuk blog memang meletup-letup tapi cuma nak bagitau yang dia baru baik demam, takpun citer pasal dia punya bosan, haduiiii.... 2-3 baris je lak tuh!..

Tapi kalu aku yang kena penyakit ni (aku jarang kena sebab aku bukan aktif blogger) biasanya aku akan layan lagu Frank Sinatra ni... Tak tau la pasal pe... tapi bila aku feel lagu ni tetiba je tahap adrenalin aku naik secara mendadak., dan turut mendorong perasaan ni untuk update blog... huhuu



Frank Sinatra - My Way Lyrics
(ni la lirik dia, nak dengar muzik download sendiri!)

And now, the end is near,
And so I face the final curtain.
My friends, I'll say it clear;

I'll state my case of which I'm certain.


I've lived a life that's full -

I've travelled each and every highway.

And more, much more than this,

I did it my way.


Regrets? I've had a few,

But then again, too few to mention.

I did what I had to do

And saw it through without exemption.


I planned each charted course -

Each careful step along the byway,

And more, much more than this,

I did it my way.


Yes, there were times, I'm sure you knew,

When I bit off more than I could chew,

But through it all, when there was doubt,

I ate it up and spit it out.

I faced it all and I stood tall

And did it my way.


I've loved, I've laughed and cried,

I've had my fill - my share of losing.

But now, as tears subside,

I find it all so amusing.


To think I did all that,

And may I say, not in a shy way -

Oh no. Oh no, not me.

I did it my way.


For what is a man? What has he got?

If not himself - Then he has naught.

To say the things he truly feels

And not the words of one who kneels.

The record shows I took the blows

And did it my way.


Yes, it was my way.

Share: