Friday, August 13, 2010

Cerita Malam Terawih


Salam.

Ramadhan datang lagi, dan macam biasa aku akan cuba untuk memenuhi malam-malam ini dengan solat sunat terawih di masjid. Tapi untuk tahun ini aku akan berterawih di daerah Raub (sebab aku kerja kat situ) tidak seperti tahun-tahun yang dahulu yang mana aku bermastautin di Klang bersama famili. Di Raub ini aku kembali hidup macam orang bujang!.

Yang menariknya, aku nak cerita sedikit pengalaman malam ke-3 terawih di masjid di satu kampung di sini. Seperti biasalah, pengunjungn masjid untuk solat terawih pun tidaklah seramai mana, sebab ia kawasan kampung. Dan kawasan letak kereta pun tidaklah serabut sangat sebab ramai yang datang naik motor.


Selepas selamat je aku menunaikan solat terawih pada rakaat ke-8, aku pun berniat nak baliklah sebab memang aku selalu buat pun 8 rakaat je. Ramai jugalah yang beransur pulang kerumah termasuk aku. Yang hairannya, kereta aku telah di 'block' secara tidak sengaja oleh 6 buah kereta!

Sedangkan parking yang lain semuanya kosong! KOSONG!! hanya tempat kereta aku sahaja yang ada 7 buah kereta (termasuk aku).


6 buah!

Utara, selatan, timur, barat, barat laut dan barat daya! itulah kedudukan kereta diorang ni. Aku tersepit kat tengah-tengah. Aku pun tunggulah kot-kot tuan kereta ni akan balik juga selepas selesai rakaat ke-8 ni. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tiada siapa pun yang datang.

'isk... masalah ni'.. 'takkan aku nak tunggu sampai abis 20 rakaat plak'... terdetik dalam hati aku.

Rupanya-rupanya, memang TUHAN dah tuliskan dalam takdir aku bahawa aku kena tunggu sampai habis solat sunat terawih 20 rakaat ni. Menyesal pulak aku, sebab buang masa tunggu diorang habiskan solat. Kalu aku ikut sama terawih pun bagus jugak.

Lama aku terfikir kejadian tadi. Rasanya aku dah faham, memang dah faham!! sebab yang habiskan solat terawih 20 rakaat tu rupanya cuma orang tua-tua dan makcik-makcik je.

TUHAN nak bagitahu kat aku rupanya, 'JANGAN TUNGGU DAH TUA BARU NAK BUAT AMAL BANYAK-BANYAK'. Buatnya ajal tak lama, kan ke dah kempunan!

Harap-harap aku bolehlah berusaha untuk membanyakkan amalan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Amin.

Share: