Tuesday, August 24, 2010

Cerita Yang Bakal Bersambung-Sambung di Pawagam

Salam Ramadhan.

Aku baru lepas tonton DVD pirate 'SALT' (sori la sebab aku takde masa nak gi wayang tengok cerita ni). Dan aku rasa cerita ini adalah lebih kurang sama dengan mana-mana filem Hollywood yang biasa kita tonton. Aksinya memang 'top-notch'-gempak dan jalan cerita yang menggagumkan. Yang lebih menarik adalah kerana watak uatamanya adalah perempuan!


Angelina Jolie berlakon sebegai Evelyn Salt, yang bekerja sebagai CIA (biasalah filem Hollywood) dan merupakan warga Rusia yang telah dilatih sebagai perisik sejak kecil. Dituduh sebagai dalang kepada pembunuhan yang bakal dilakukannya, dia bertukar arah daripada pembelot kepada penyelamat negara. Fuhh!! Besar betul cita-cita dia.


Kalaulah watak utama ni lelaki, aku rasanya sambutannya akan jadi suram di pawagam. Tapi si Angelina Jolie ni menyelamatkan filem ini. Dan akhirannya aku dah agak, wataknya diburu oleh kedua-dua negara Amerika dan Rusia. (Lagi ganas).



Tapi jangan risau kerana sudah menjadi 'trend' filem Hollywood sekarang ni untuk keluarkan filem yang pasti ada sambungannya. Filem 'trilogy' lah katakan. Tak percaya? Meh aku bagitau filem yang bakal ada sambungannya nanti di pawagam:
  1. Avatar The Last Airbender.
  2. SALT.
  3. AVATAR.
Dan filem asal yang memang dah ada sambungan (lebih pun ada):
  1. STAR WARS (6 Siri)
  2. Back To The Future.
  3. Lord Of The Ring.
  4. The Matrix.
  5. Indiana Jones (my favourite, dah ada 4 siri)
  6. The GodFather.
  7. X-Men.
  8. SAW (dah ada 6, bakal masuk panggung yang ke-7)
  9. Die Hard.
  10. Bourne Identity.
  11. Twilight.
  12. Rambo.
  13. Alien.
  14. Predator.
  15. Alien vs Predator.
  16. Labu-Labi.
  17. Bujang Lapok. (hihihihihi)
Tapi yang 2 terakhir tu susah sikit la nak disambung lagi lepas ni.

Hahaha...


Share: