Friday, October 1, 2010

Kakitangan Awam Adalah Yang Ter'baik' Di Malaysia

Yang pertama sekali janganlah korang terkejut dengan 'statement' tajuk di atas tu. Sebabnya memang betul apa yang aku maksudkan kat atas tu. Kakitangan awam kat Malaysia ni memanglah yang ter'baik' di Malaysia sebabnya adalah.... hahahaha.. oppsss biar aku betulkan sedikit tajuk kat atas tu, yang sebenarnya adalah begini 'Kakitangan Awam Adalah Yang Ter'baik Hati' Di Malaysia'. Hihihihi..

Biar aku jelaskan maksud yang sebenarnya yang aku nak sampaikan di sini. Untuk pengetahuan korang suma, aku sendiri pun kakitangan kerajaan jugak. Aku pun mintak kerja 'through' Suruhanjaya Perkhidmatan Awam jugak sepertimana orang-orang yang lain tu. Tapi, selepas ramai antara kita yang dah dapat kerja kerajaan ni, mulalah wujud rasa tak bersyukurnya.

Bukan semua kakitangan awam macam tu, cuma beberapa kerat aje. Tapi umat yang beberapa 'kerat' inilah yang merosakkan imej kakitangan awam yang telah berikrar taat setia kepada perkhidmatan mereka. Hahaha... ayat serius la plak..

Lepas tu plak, bila kita nak ambil tindakan disiplin kepada diorang ini macam-macamlah pujuk rayu serta alasan yang diorang bagi. Ketua jabatan ni pulak perasaan kesian ni masih tebal sebab adat resam kita orang melayu ni memang cepat kesian.. diorang pun bagilah lagi peluang untuk berubah (walaupun dah masuk kali 13) hahaha.. sebab kita tak tergamak nak tutup periuk nasik diorang ni. Sebab itulah maksud aku kakitangan awam yang baik hati tu....

Tapi diorang ni bukan tau bersyukur, malah eksen lebih-lebih lak tu...

Oh yee... statement ni bukan aku yang reka, tapi ini statistik yang dikeluarkan oleh SPA sendiri masa aku pergi kursus Pengurusan Tatatertib haritu. Jangan korang terkejut plak antara yang paling ramai mempunyai masalah tatatertib adalah daripada golongan 'DOKTOR'... aku pun tak percaya gak... tapi selepas penerangan oleh SPA ni, barulah aku faham... 'oooooooooo'... aku cakap masa kursus haritu...

Moral of the storynya adalah: Bekerjalah dengan jujur serta ikhlas, jangan buat masalah tatatertib sebab nak berhentikan orang ni sebenarnya senang ajer.. hahahaha...

Pasni memang ade la yang bakal aku tamatkan kerjanya........ :)
Share: