Tuesday, October 12, 2010

Makan Karipap-karipap Cinta?


Hari ini aku terbaca dalam surat khabar pasal Othman Hafsham dah selesai bikin filem komedi yang baru. Nama dia 'KARIPAP-KARIPAP CINTA' , semacam aje tajuk dia. Patut la aku macam kenal, sebab wife aku ade beli buku ni. Novel melayu pertama yang dibeli katanya, tup-tup dibuat filem lak. Cam tau-tau jer. hahaha..

Rasanya dah lama dia tak buat filem kan? Filem dia yang aku tau tu macam Adik Manja (1979), Mekanik (1993), Rahsia (1987), Driving School (1990), Soal Hati (2000) dan Soalnya Siapa (2002).

Filem kali ni pulak lebih kepada menonjolkan muka-muka baru yang aku sendiri tak kenal langsung. Tetapi penampilan istimewa nama-nama besar tetap ade. Contohnya:


Senarai penampilan istimewa

Kenal?


Julie Dahlan tebar roti canai.. wooohoooo..


Untuk gambar-gambar menarik mereka klik la sini. Aku tak berapa minat tengok kat wayang, jadinya tunggu vcd aje lah ye. Wife aku dah bagitau nak gi tengok kat wayang citer ni, so tungguuu!

Share: