Tuesday, October 26, 2010

Masa makan jangan lupa tutup mulut.

Isk.. isk.. Lemas betul lah kalau time makan ni dengan orang yang kuat bercakap, malah sebenarnya aku dah selalu berjumpa dengan orang yang suka bercakap masa makan. Kalau bercakap sikit-sikit tu kira oklah jugak. Ini kalau bercakap tu, nasi yang dalam mulut tu pun boleh tersembur keluar sebijik-sebijik. Tak senonoh betul, rasa macam nak aje aku tegur, tapi segan pulak aku rasa. Takut memalukan dia je. Jadi, apa ke hal? Masalahnya bukan sebab banyak cakap, tapi segala isi mulut tu boleh di tengok dek semua orang yang makan semeja dengan dia. Belum rasa jijik je lagi. Yuck!!
 Tak kiralah lelaki ke perempuan ke, kalau dan cara makan pun tak senonoh ia menunjukkan rasa tak malunya pada persekitaran. Orang macam ni juga tak pedulikan langsung orang-orang sekeliling. kalaupun tak tahan nak gelak, at least tutuplah mulut tu guna tapak tangan. Kiranya sama kalau time sendawa tu la. Kalau nak sendawa jugak, janganlah bunyinye macam nak start enjin motorbot jer! kuat nak mampus!!
p/s: Oleh itu, jaga le table manners masa makan ye.
Share: