Tuesday, October 12, 2010

Nasihat Suami Kepada Suami Bhg. 1

Salam semua.

Selaku seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa, aku nak bagi sedikit peringatan buat semua lelaki2 yang turut bergelar suami, bapa ataupun yang bakal menjadi kedua-duanya.



Apabila sudah bergelar suami ini, pandai-pandailah jaga rumahtangga. Bukannya kita ni kahwin untuk sehari dua. Kalau boleh biarlah selama-lamanya. Untuk itu, perkara yang patut kita elakkan adalah berlaku curang. No,no,no,.... jangan cuba-cuba berlaku curang, walaupun tujuan kita hanya nak test market kat pasaran.! Kalau pasangan kita tahu, bermakna dia akan mencurigai kita seterusnya mula wujud syak wasangka. Kepercayaan ni bukan boleh di jual beli, kalau kepercayaan itu sudah tiada pada isteri maka amat susahlah ianya nak diperolehi semula. Jangan cari pasal la.

Kalau pasangan kita yang curang, jawabnya memang nahas la lelaki tu kan. Siap ada yang kena pukul2 lagi. Yang dirakam ditayangkan dalam Youtube pun banyak, cuba la carik. Pastu kita maybe dah tak percaya 100% pada pasangan kita lagi, walaupun dia dah insaf akan kelakuannya.

Masalahnya, kalau kita pernah tengok lelaki pukul isteri yang main kayu tiga dengan lelaki lain, pernah ke korang tengok orang pompuan ni pukul lelaki dia yang curang sambil rakam guna henfon? hohohoho, aku belom jumpa lagik!


Share: