Monday, October 11, 2010

SMS Ke Radio Sinar.FM

Ngeee..... pernah ke korang sms ucapan ke mana-mana radio dan dibacakan di corong-corong radio?.

Aku pernah.... siapa sangka, aku selalunya amatlah tak berminat nak ber'SMS' ke mana-mana stesen radio ni untuk apa-apa pun tujuan. Biarlah pertandingan juta-juta ke, menang hadiah kereta ke, memang aku tak tergerak langsung niat ni nak join. Hehehehe...

Tapi, secara tiba-tiba aku ter'SMS' ke radio Sinar.FM untuk bagitau apa yang aku tengah buat. Oh yee.. waktu tu aku tengah drive malam-malam dari Raub ke Klang dalam pukul 11.00 malam rasanya. Dah lama aku tunggu, tak keluar-keluar jugak sms aku, kemudiannya pulak, bila sms tu dibacakan aku oleh Jamal Jamaluddin, aku tak dapat dengar sebab aku pi minum kat kedai ngan member.. huhuhu.. hampeh tull.. member aku yang bagitau aku dia dengar sms aku tu dibacakan kat radio Sinar... Hadoii...

Nak buat camne ye dakk.... dah takde rezeki...

Tapi lastly bila aku sampai ke rumah kat Klang dalam pukul 1 pagi lebih, akhirnya sms aku tu dibacakan.. sekali lagi!!!... hahahahaha... sms aku dibacakan 2 kali... hohoho... Senyum je la aku sepanjang hari tu... :)

Pasni aku nak ber'sms' lagi la.... hahaha...

Share: