Wednesday, October 6, 2010

Tips Pura-Pura Sibuk


Selamat tengahari.

Tatkala korang membaca di ruangan ini, jam di tangan aku menunjukkan waktu sekarang adalah pukul 1 petang. Ini adalah waktu rehat bagi kebanyakan kakitangan kerajaan seperti aku. Dan oleh kerana sekarang adalah masa rehat, maka aktiviti blogging sebegini tidaklah dikira sebagai meng'ular'. :)

Baiklah, biar aku bagitau sedikit tips yang boleh digunakan untuk mengenalpasti orang-orang yang berpura-pura sibuk semasa waktu kerja yee.. (aku tau sebab aku pun buat gak) okay, ini dia:

1) Perbuatan berjalan-jalan sambil memegang sehelai kertas (seperti tengah bekerja la tu).
-perbuatan macam ini akan ditafsirkan seperti sedang berusaha mendapatkan sesuatu maklumat, walaupun hakikatnya dia cuma nak pegi tido kat surau-
2)
Perbuatan menyangkutkan pen di telinga.
-kononnya tengah sibuk berfikir, atau mengarang sesuatu la tuh-
3)
Perbuatan tiba-tiba bercakap dengan kuat dalam telefon depan orang lain.
-tujuan dia adalah nak bagi impression kat semua orang yang dia sangat komited terhadap kerja-
4) Bertongkat tangan di dahi ketika mengadap pc, dan jari asyik klik kat mouse.
-apa lagi, kalau tak tido mest tengah layan facebook la tu-




Hahahaha...
Share: