Tuesday, November 16, 2010

1st time Jumpa Dentist

Gigi hadapan anakandaku seorang ni dah mula bergoyang. Mula-mula ingatkan sebab dah tiba masa gigi tu akan gugur satu-persatu, rupanya gigi baru dah mula muncul dari dalam! Sebab itulah gigi susunya nak tercabut supaya memberi ruang tumbesaran yang sempurna bagi gigi baru tu.
Selepas diperiksa oleh doktor gigi tu, dia mencadangkan supaya 2 gigi bawahnya di cabut sebab dah ada lagi satu gigi baru akan tumbuh! Oh.. nak kena cabut 2 gigi la pulak ni. Gigi susu tu pulak masih elok dan kuat akarnya. Aku dah risau ni sebab aku tau azabnya nak cabut gigi ni. Nak mencabutnya tu taklah teruk mana, cuma masa nak suntik bius kat gusi tu yang azab sengsara bagi aku. Aku dah rasa pun!.

Doktor ni pun memulakanlah operasinya mencabut 2 gigi susu anakanda ku ini. Selesai saja operasi cabut gigi ni (tanpa setitik pun air mata yang keluar), anakanda ku ini nak bawak balik gigi yang di cabut tu untuk diletakkan bawah bantal! Nak dapat duit katanya. Oh.. pengaruh tv la pulak!

Aku ikutkan sahajalah kehendaknya, agar terubat sikit kepedihan gusinya tu selepas hilang bius tu nanti. Moga gigi baru tu tumbuh cantik ye!
Share: