Monday, December 20, 2010

Pandai Masak Ke Aku?

Jawapannya adalah TIDAK!

Ini adalah realiti ye! Aku memang tak tahu memasak. Oleh kerana sejak dari kecik dulu aku langsung tak berminat dengan masak-memasak ni, jadinya sampai sekaranglah aku masih tak minat nak memasak. 'Takkan tak tau langsung?' ishh.. tidaklah sampai macam gitu!. kalau setakat yang ade perencah yang instant2 tu memang tak jadi hal lah. Macam nasi goreng instant ke, bihun instant ke. :)

Teringin juga sebenarnya nak jadi orang yang pandai memasak. bior hebat cam Chef Wan tu pun takpelah. Hahahaha.. Tapi MINAT tu yang takde. Dah takde minat nak buat camne ye dak?. Bukannya aku tak pernah cuba masak, memanglah pernah tapi selalunya menjadi pembantu si isteri sahaja. Pernah juga try masak guna perencah instant ni, tapi rasanya tak lah sesedap mana. Si Isteri ni memang pantang guna instant ni, dia kata tak best.
Malas punya pasal, garam pun lupa nak letak.
Jadi, untuk tahun 2011 ni rasanya aku nak mula belajar masak! hahahaha.. belum terlambat rasanyakan? Ada jugak terjumpa buku masakan untuk benginner macam aku ni. Biasalahkan buku itu pun resepinya pun simple ajer. Tapi motivasi masih belum ada so esok-esoklah baru beli ye.

Jadi weekend husband macam aku ni ni memang banyak cabarannya. Masa working days tu waktu makan memang totally singgah kat kedai. Pagi ke petang ke malam memang cari kedai makan aje. Kalau nak masak tu ada banyak sangat halangannya, salah satunya adalah aku takde dapur nak masak. Kalau takde dapur nak masak mendenya plak kan!!. Nak beli dapur ni aku tunggu duit dari advertiser ni dulu. Dah banyak earning baru aku beli dapur, pastu baru beli peti sejuk plak. Ataupun nak beli peti sejuk dulu haa?. konfius ni..

Maybe satu hari nanti aku boleh masak macam-macam. Boleh jadi azam tahun baru ni!!

p/s: aku nak jadi terer masak char koew tiow boleh?
Share: