Saturday, December 11, 2010

Pernah Pegang Haiwan Berbisa?

Assalamualaikum,

Dalam hidup kita selama ini, agaknya berapa kali kita pernah berpeluang terserempak atau bertemu dengan mana-mana binatang liar @ buas atau binatang berbisa? Contohnya seperti harimau ke, beruang ke, ular tedung ke, babi hutan ke, gajah ke. Hehehehe.. yang babi hutan tu kot-kot ramai dah selalu sangat jumpa rasanya!.

Aku ada terjumpa dengan satu haiwan berbisa kat area ofis baru-baru ini. Yang specialnya kali ini aku dapat tangkapnya hidup-hidup dan mengenalinya dengan lebih rapat (hahahaha... macam berkenalan pulak)  sebelum aku lepaskan kembali ke kawasan hutan yang berhampiran. Nasihat, jangan lakukan perkara ini tanpa kemahiran yang secukupnya!

Selain daripada kat Zoo negara mahupun kat mana-mana pusat sanctuary haiwan-haiwan ni, kat mana agaknya yang korang pernah jumpa?. Belakang rumah? kat ofis? kat hiway? atau kat memana lah yang binatang-binatang ni boleh tersesat.

Kala jengking ni aku jumpa kat area ofis aku, janganlah hairan pulak sebabnya memang ofis aku ni tengah-tengah kawasan hutan pokok getah. So, haiwan-haiwan liar memang selalu tersesat ke kawasan ofis aku ni. Yang selalu tersesat ni banyak  jugak la macam ular, biawak, babi hutan, kala jengking tu dah jadi perkara biasa dah. :) Kala jengking ni dah pun dibuang sengatnya supaya kalau aku lepaskan nanti tidak mendatangkan bahaya pada orang lain pulak.

Nasihat aku pada semua agar selalu berhati-hati dengan kawasan persekitaran kita, manalah tahu kot-kot ada haiwan liar lain yang menumpang kasih kat kawasan kita ni nanti. :)
Share: