Tuesday, January 18, 2011

Fakta Pasal Demam (aku sedang dilanda demam)

Salam semua, entri kali ini adalah berkenaan dengan DEMAM. Semua orang tau apa itu demam kan, ada yang kena demam sampai berminggu-minggu dan ada yang kena demam ni tak sampai sehari je pun. Ini semua bergantung kepada jenis virus yang attack korang ni dan juga tahap metabolisme badan korang. Kalau badan korang punya metabolisme kuat nak mampus maybe demam tu bertahan 2-3 jam aje. Tapi kalau tahap pertahanan badan korang ni lembik sangat, boleh jadin demam tu belarutan sampai seminggu. Mari kita tengok fakta sains pasal demam ni.
Fakta sains pasal demam.
  1. Suhu badan manusia normal adalah 37 darjah celsius. Kalau lebih maknanya korang demam.
  2. Kalau lebih daripada 40 darjah celsius, maknanya korang demam panas berbahaya dan memerlukan rawatan kecemasan segera.
  3. Demam @ kenaikan suhu badan adalah tindakbalas automatik sistem pertahanan badan yang membunuh bakteria dan virus yang biasanya tidak boleh hidup dalam suhu badan yang tinggi.
  4. Demam ini datang bersama simptom lain seperti batuk, selsema dan lemah sendi. Lemah tenaga batin tidak tersenarai dalam kesan sampingan demam ye.
  5. Kebanyakan demam adalah mendatangkan kebaikan sebenarnya. Ia membantu badan menentang infeksi.
So, inilah yang sedang berlaku pada aku. Aku sedang dalam proses menentang virus dan bakteria dalam badan. Simptom yang sedang aku alami adalah seperti pening kepala, sakit sendi, batuk dan juga selsema. Harap-harap sistem metabolisme badan aku ni cukup kuat untuk lawan virus demam ni. Kalau nak tahu pasal kegemukan sila baca sini.

Stress juga bila demam ni ye, sebabnya ubat yang doktor  Klinik Mutiara kat Raub ni bekalkan kepada aku ni, side effectnya adalah mengantuk!. Bukan aku tak suka mengantuk, tapi susah juga bila tertidur je aku akan terjaga setiap 2-3 jam. Tak selesa la macam ni. Rasanya kerap juga aku kena demam ni ye, last time aku kena demam adalah pada Hari Raya Haji lepas.

Terpaksalah aku ambil Medical Certificate walaupun aku lebih rela bekerja sebab kerja kat ofis aku ni melambak. :)

Wish me well. Bye
Share: