Monday, February 28, 2011

Apabila Boss Bertukar Keluar

'dia ni tukang buat background'
Selesai sudah tugasan yang aku perlu buat pada majlis perpisahan boss aku ni. Boss aku ni perempuan. Last week adalah minggu terakhir dia berkhidmat di Raub , Pahang dan seterusnya beliau akan meneruskan khidmat di tempat yang baru di Selangor pada 1 Mac 2011. Selepas berkhidmat selama hampir 2 tahun akhirnya sampailah masanya untuk keluar dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada orang yang lain pula. Nampaknya makbul juga doa dia untuk ditukarkan ke kawasan yang dekat dengan kampungnya. Walaupun tidaklah sedekat yang diharapkan, tapi still dalam Selangor kira oklah tu!
Share:

Thursday, February 10, 2011

Badanku dah Out Of Shape.

Salam.

Secara ringkasnya aku cuma nak bagitahu yang semenjak aku bertukar kerja ke tempat yang baru ni, semakin kurangnya eksesais yang dapat aku buat. Bukannya tak ada langsung, cuma tidaklah sekerap waktu aku bertugas di dalam askar dahulu. (Tahu tak pe!) Sebab itulah rasanya badan ku ini dah out of shape! Hugh Jackman yang berlakon Wolverine tu dah masuk umur 40 tahun pun lebih macho dari aku!

Cuba cari artis Malaysia yang umur 40 tahun macam ni!
Share:

Monday, February 7, 2011

Aku terasa seperti dilanda Acrophobia

Salam sejahtera buat semua.

Semenjak usia ni makin meningkat setiap tahun, setiap itulah banyak nikmat hidup yang semakin berkurangan yang aku dapat rasakan. Dan mungkin lagi lama kita hidup mesti lagilah banyak nikmat yang hilang secara tanpa kita sedari. Aku bukan bercakap nikmat yang 'itu' sahaja, tetapi macam-macam lagi nikmat hidup yang kita sedang alami sekarang. 

Nikmat hidup ni ada macam-macam. Tak percaya cuba tanya dengan mana-mana Ustaz. Mesti diorang boleh cerita panjang lebar punya. Yang aku nak cerita ni pasal kenikmatan yang aku rasa macam dah ditarik balik oleh tuhan. Apa dia? Aku rasa macam dilanda Acrophobia je. Tapi awas, ini bukanlah seperti demam biasa-biasa saja.

Ngeri ke?

Share: