Monday, February 7, 2011

Aku terasa seperti dilanda Acrophobia

Salam sejahtera buat semua.

Semenjak usia ni makin meningkat setiap tahun, setiap itulah banyak nikmat hidup yang semakin berkurangan yang aku dapat rasakan. Dan mungkin lagi lama kita hidup mesti lagilah banyak nikmat yang hilang secara tanpa kita sedari. Aku bukan bercakap nikmat yang 'itu' sahaja, tetapi macam-macam lagi nikmat hidup yang kita sedang alami sekarang. 

Nikmat hidup ni ada macam-macam. Tak percaya cuba tanya dengan mana-mana Ustaz. Mesti diorang boleh cerita panjang lebar punya. Yang aku nak cerita ni pasal kenikmatan yang aku rasa macam dah ditarik balik oleh tuhan. Apa dia? Aku rasa macam dilanda Acrophobia je. Tapi awas, ini bukanlah seperti demam biasa-biasa saja.

Ngeri ke?

Aku rasa seperti sedang berada di peringkat awal Acrophobia ini. Hahahaha.! Kalau rajin korang google sendiri maksudnya. Tapi biar aku Simplysitikan meaningnya.
AcroPhobia ni membawa maksud 'kengerian ketika berada di tempat yang tinggi berlebih-lebih daripada tahap normal orang lain'. :)
Ya, ayat ini memang aku reka sendiri. Kalau yang originalnya bunyi dia macam ni:
Acrophobia sufferers can experience a panic attack in a high place and become too agitated to get themselves down safely
Masa muda-muda dulu rasanya tidaklah teruk sangat rasanya, tapi semenjak umur dah masuk 3 series ni bertambah-tambah pulak ngerinya. Bayangkanlah naik Buaian roda besar kat funfair pun  dah gemuruh jantung ni. Padahal, perasaan ni excited yang amat nak  main benda-benda extreme ni. Takkanlah dah tua baru nak kena fobia macam ni?

Harap-harap aku bukanlah menghidap Acrophobia seperti yang dispekulasikan oleh aku sendiri ni. Mungkin sebenarnya aku dilanda Height Vertigo sahaja. Benda apa pulak Height Vertigo ni?
Height vertigo referring to dizziness triggered by heights
Haaa. Mungkin jugak la tu, aku rasa macam gayat semacam bila kat tempat tinggi ni.  Akan tetapi walaupun gayat, muka tetap kontrol hensem!. Hahahaha.

Isk, Makin tua ni banyak pulak benda-benda baru yang aku belajar sekarang ni ye. Tapi seronok balik bila tengok haritu kat blog aku tiba-tiba ada iklan BE yang dah lama tak muncul-muncul tu.
Share: