Monday, February 28, 2011

Apabila Boss Bertukar Keluar

'dia ni tukang buat background'
Selesai sudah tugasan yang aku perlu buat pada majlis perpisahan boss aku ni. Boss aku ni perempuan. Last week adalah minggu terakhir dia berkhidmat di Raub , Pahang dan seterusnya beliau akan meneruskan khidmat di tempat yang baru di Selangor pada 1 Mac 2011. Selepas berkhidmat selama hampir 2 tahun akhirnya sampailah masanya untuk keluar dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada orang yang lain pula. Nampaknya makbul juga doa dia untuk ditukarkan ke kawasan yang dekat dengan kampungnya. Walaupun tidaklah sedekat yang diharapkan, tapi still dalam Selangor kira oklah tu!

'staf pompuan dengan boss pompuan, yang lelaki x ndak bergambar. Malu-malu unta konon' hahaha..
Berbalik kepada tugasan yang aku perlu buat adalah sebagai pengurus  kepada majlis tersebut. (Laaa.. aku ingatkan job kecik-kecik jer)Daripada penyediaan tempat majlis sampailah ke penyediaan band muzik pun akulah In-Charge nya. Tapi semua job tu aku dah delegasikan kepada staf-staf yang lebih arif. :) udah nama pun In-charge ye dak!

Dengan bantuan rakan sekerja maka dapatlah majlis tersebut dijalankan dengan jayanya. Semasa majlis tersebut berlangsung adalah dibuat tayangan video berkisar life boss aku sepanjang beliau berkhidmat di tempat aku ni. Dan video tersebut adalah hasil ciptaan tangan aku sendiri (tidak ada sebarang bantuan pun dari kawan-kawan yang lain). Durasi videonya sepanjang 15 minit adalah yang terpanjang pernah aku buat untuk sebarang majlis perpisahan. Aku puas hatilah sebab akhirnya boss aku ni terharu dengan isi kandungan video tu. Kembang hidung aku!! hnsss... hnssss.....

Minggu ini adalah minggu kami bakal mendapat boss yang baru. Terus terang aku bagitau, Boss lama aku tu adalah yang terbaik pernah aku jumpa. Prinsip 'Think over Talk' dan 'Mind over Mouth' adalah pegangannya. Memang sangat professional. Semoga beliau dapat meneruskan kerjaya dengan lebih cemerlang di tempat baru. 

Untuk boss yang baru ni, aku tunggu dan lihat aje ye..
Share: