Thursday, February 10, 2011

Badanku dah Out Of Shape.

Salam.

Secara ringkasnya aku cuma nak bagitahu yang semenjak aku bertukar kerja ke tempat yang baru ni, semakin kurangnya eksesais yang dapat aku buat. Bukannya tak ada langsung, cuma tidaklah sekerap waktu aku bertugas di dalam askar dahulu. (Tahu tak pe!) Sebab itulah rasanya badan ku ini dah out of shape! Hugh Jackman yang berlakon Wolverine tu dah masuk umur 40 tahun pun lebih macho dari aku!

Cuba cari artis Malaysia yang umur 40 tahun macam ni!

Bukan sahaja kemalasan menjadi alasan utama, malah banyak lagi alasan yang boleh aku beri.Termasuklah suasana kerja yang tidak membantu dalam menyihatkan badan, sebab banyak masa aku dihabiskan dalam pejabat ber'aircond'. Nafas pun dah lebih semput daripada uncle dan nyonya yang selalu jogging kat taman perumahan aku ni.

Sekarang ni, aku dah paranoid dengan diri sendiri. Aku dah tak suka tengok perut yang membulat (hahahaha!) aku kenalah berbuat sesuatu. Walaupun skang ni petang-petang aku join juga group ofismate pergi main badminton kat Dewan Simpang Kallang tu, tapi badan ni masih seperti begitu juga. Jogging pun sudah, beriadah pun sudah, tapi kenapa masih tiada perubahan?

Perlukah aku pergi Bizzybody? oh tidak! aku bukannya memerlukan penurunan berat badan pun. Fizikal aku cuma kelihatannya seperti mau memboroi! (hampeh!) Bizzybody tu maybe sesuai untuk wife aku boleh lah! (sorry sayang!) 

Aku tak mahu menjadi seperti kebanyakan lelaki zaman sekarang ni. Makin berusia umur, makin besar saiz seluar dia. Jangan sampai waktu aku berdiri nanti tak nampak jari kaki sendiri pulak. Alasan untuk tidak bersenam adalah alasan orang yang MALAS!.

So, sekarang ni sasaran aku adalah untuk mendapatkan balik susuk tubuh (perghh!! ayat tak hingat) seperti waktu di zaman tentera aku dahulu. Aku perlu lebih kualiti jogging daripada biasa, lebih beriadah daripada biasa, lebih kawal makan daripada biasa. Boleh?

Aku tahu aku boleh buat!
Share: