Wednesday, March 23, 2011

Happy Birthday To My Son

Hadiah birthday daripada makcik-makcik!
Last week adalah minggu cuti sekolah. Setiap tahun pada bulan Mac adalah bulan untuk kami sekeluarga menyambut ulangtahun kelahiran Aliff Muzhaffar iaitu anak lelaki kami. Setiap tahun juga pasti tidak ketinggalan untuk kami menyediakan kek birthday untuknya. Cuma pada tahun ini kami ada buat sedikit kelainan untuk menyambut hari istimewa ini.

Tahun ini masuk usia Aliff enam tahun dan dah 2 tahun dia masuk nursery tempat dia belajar dan bergaul dengan kawan-kawannya yang terdiri daripada pelbagai kaum. 1 Malaysialah katakan.

Yang tengah-tengah tu Aliff sorang aje budak melayu.

Kalau pada tahun lepas kami sambut birthday kat kampung, siap buat kenduri 'bancaan' lagi. Tapi kali ini kami sambut birthday di nursery sahaja. So, kami pun tempahlah 'birthday cupcake' bagi menggantikan kek birthday yang biasa semua orang buat.


Senanglah sikit nak distribute cupcake ni kat semua children yang attend birthday Aliff ni. Tak payah nak potong-potong kek!. 

Happy birthday to Aliff from Papa and Mama. We love you...
Share: