Wednesday, April 13, 2011

Hari Ini Kami Tangkap Kucing

5 haribulan lepas, kat tempat kerja aku ada satu operasi khas yang jarang-jarang dilakukan di mana-mana institusi kerajaan. Semua kakitangan telah diarahkan melibatkan diri dalam aktiviti menangkap kucing-kucing liar yang bermaharaja lawak disini. Aktiviti tersebut digelar Operasi Sayang Kucing Tangan-Tangankan. 

identiti kucing terpaksa dirahsiakan.

Rasanya baru bulan lepas operasi tangkap kucing dilakukan, tapi bulan ni pun nak kena buat lagi operasi ini. Bukannya berkurang pun kucing ni, cuma jumlahnya terlalu banyak sampai tak tergugat jugaklah tahap kebersihan kawasan dapur ni. Bayangkan la kalau ada dekat 30-40 ekor kucing jalanan dekat dalam kawasan kediaman kita. Haru la jawabnya! 

Salah satu sebab kenapa banyaknya kucing kat sini adalah berpunca daripada penduduk-penduduk yang berhampiran mengambil kesempatan membuang kucing-kucing yang mereka dah tak nak ke tempat kami. Mana jadi macam ni, kami tangkap 20 ekor, mereka buang kat kami 30 ekor. Kami ni bukan tempat peliharaan kucing la.

Oleh itu, selepas bersarapan ala-kadar sebab lepas ni mesti ada makan-makan dan dengan berbekalkan alat menangkap kucing buatan sendiri, sarung tangan dan guni beras kami pun memulakanlah operasi seawal jam 9 pagi. Dalam tempoh sejam  sahaja kami telah dapat mengumpulkan sebanyak 15 ekor kucing dan itu termasuklah 4 ekor anak kucing. Mujurlah mak kepada anak-anak kucing tu pun dapat juga kami tangkap. Dalam semua jumlah tersebut, tak ada seekor pun yang jinak, semuanya liar dan garang belaka. Fuhh!

Mereka ini tidak tahu-menahu
Kemudiannya kami lepaskan kesemua kucing-kucing tersebut di kawasan pekan yang berhampiran. Jangan risau kesemua kucing tersebut adalah selamat. Kami yakin mereka semua ini boleh hidup berdikari!

Namun demikian, masih ada kucing yang dapat meloloskan diri kerana menyedari kehadiran pihak kami. Sekian laporan dari saya.
Share: