Saturday, May 14, 2011

Dilema Nak Pergi Kursus

Malam ni banyak betul siaran ulang Maharaja Lawak ni. Termasuk la siaran ulangan minggu ke 6 dan juga minggu ke 7. Tak banyak lawak yang boleh menggelikan aku. Aku ni susah nak ketawa kot, senyum tu kira selalu la. Hahahaha.. Especially lagu yang Kumpulan Sepah nyanyi tu yang berbunyi:
i dont know why, you make me cry, i beg you please on my knees if that's what you want me to



Terngiang-ngiang kat telinga aku lagu ni time nak tido. Terpaksa la aku google kat youtube mencari edisi yang original punya.

Aduhai.. tapi itu semua tak penting. Yang pentingnya adalah esok aku dah nak kena bergerak ke Perak la pulak. Ada kursus yang perlu aku hadiri. Kalau kursus tu sekejap 2-3 hari aje tak kisahlah sangat. Tapi kursus kali ini selama 2 minggu la. Lama tuh! Dah la setiap minggu ni nak jumpa family pun susah. Ini ditambah pulak dengan 2 minggu kursus. Hadoi!!

Kursus ni pulak berkaitan dengan penyeliaan anggota bawahan. Wah! bunyi macam menarik. Kalau bosan  masa dalam kursus nanti aku online FB guna Satio aku je la. Muahahaha.

Tambahan pulak sekarang ni tengah bulan. Faham-faham ajelah masalah kewangan ni ye. Ini pun masih berkira-kira macam mane nak bertahan sampai tarikh gaji bulan Mei ni. Ini belum campur keperluan asas yang perlu bawak masa nak pergi kursus ni. Kasut sport aku pulak tetiba boleh 'ternganga' tapak dia masa main badminton minggu lepas. Jawabnya kena carik kasut baru la untuk kursus ni. Takkan nak bawak kasut sport yang 'nganga' plak, hilang la standard aku. Hihihihi..

27 Mei nanti adalah tarikh habis kursus, dan aku bercadang nak bawak my family layan Kung Fu Panda 2 setibanya aku balik di Klang nanti. Almaklumlah dah gaji!
Share: