Wednesday, May 4, 2011

Kenapa aku beli LED TV

Kalau kereta aku rosak, bolehlah hantar ke workshop untuk dibaiki. Kalau pakaian aku rosak, bolehlah hantar ke tailor untuk dijahit, tapi kalau tv aku yang rosak macam mana pulak? Hmmm...

Aku beli yang baru je!.. tak payah fikir-fikir nak hantar repair!

Oleh kerana aku rasa amatlah tidak ekonomi kalau dibaiki semula TV Toshiba aku yang lama tu, maka aku pun teruslah menyambar TV yang baru. Oleh kerana sudah alang-alang menyeluk pekasam aku pun belilah TV baru dari jenis L.E.D ni. 

Samsung 4 Series 32 inci

TV L.E.D yang aku ambil ni dari jenama Samsung la pulak. Disebabkan tv Toshiba yang aku guna sebelum ni (tv lama yang gemok belakang tu) sudah  menunjukkan tanda-tanda nak rosak maka daripada rosak terus baik aku bersedia seawal mungkin. Hahahaha.. alasan je tu.

TV LED ni sebenarnya adalah TV LCD yang menggunakan teknologi 'pencahayaan latarbelakang menggunakan Light Emitting Diode' (LED). Ianya adalah berbeza dengan TV LCD yang biasa dan konvensional kerana mereka menggunakan 'CCFL' ataupun Cold Cathode Flourescent Lamp.

Walau apa pun TV LED adalah jauh lebih baik daripada TV LCD kerana:
  1. Panel TV LED adalah sangat nipis berbanding TV LCD, dipasaran ketebalannya hanya setebal 1 inci sahaja. (Dasatttt tuu..)
  2. Penggunaan tenaga letrik yang lebih jimat hingga 20% daripada TV LCD.
  3. Penyingkiran haba yang lebih baik.
  4. Pameran gambar yang lebih jelas dan dinamik dengan tahap 'contrast' yang tinggi.
Keburukannya tetap ada:
  1. Mahal!... ngaaaaaaa.....
At least lepas ni, takdelah anak aku komplen lagi sebab gambar display tv yang lama tu mengembang melebihi saiz tv.
Share: