Tuesday, May 17, 2011

Kursus ke Makan Angin Ni?

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah masuk hari kedua aku berkursus kat Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta Perak ni. Tapi ini baru hari kedua, ada lagi 2 minggu baru boleh habis kursus ni dengan jayanya. 


Kursus kat perak le yob!


Kursus ni pun tidaklah sesukar mana, boleh kata tak stress langsung la. Kalau ikutkan tentatif program yang diorang tak beri pada kami (alasannya sebagai suprise pada kami), program kursus ni cuma melibatkan beberapa sesi kelas, sesi kawad kaki, sesi senaman awal pagi dan riadah saja. Aku menunggu sesi latihan menembak ni kalau ada, rupanya tak ada. Gian pulak nak masuk lapangsasar balik ni.

Oooooo.. nampak gaya kursus kali ni memang kacang aja la kot. Sebabnya bukan aku tak pernah pun buat benda-benda begini. 12 tahun aku bergemulang dengan suasana begini. Tapi itu dulu la kan masa aku still dalam servis TLDM. Sekarang ni kenalah aku berjinak-jinak semula dengan suasana ala-ala askar ni. Hahaha..

ni time 2007, kat lapangsasar Kem Sungai Besi.

Masalahnya sekarang ni kat Perak asal petang aja hujan turun, asal petang aja hujan turun. So, dapat la skip beberapa kali sesi kawad kaki ni. Aku ok aje, rakan-rakan sekursus aku ni lagi la seronok. Pancit rupanya diorang ni. Hahahaha..

Kalau dah hari hujan (waktu aku tulis entri ni pun hari tengah hujan), aku cuma duduk kat bilik aje la sambil layan Internet atau main game Angry Birds yang aku baru download untuk Laptop aku ni sementara menunggu supper pukul 10 setengah malam nanti. 

Bye, salam.
Share: