Thursday, May 26, 2011

PC Fair di Ipoh

Walaupun aku masih dalam kursus, tapi program kursus tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad. Maka bagi kami para peserta dah mula merangka-rangka apa yang nak dibuat pada waktu yang kosong macam ni. 

Tambahan pula jurulatih kursus kitorang kat sini membenarkan mana-mana para peserta untuk balik kampung (especially yang dah berkeluarga la). Tapi aku still tak dapat balik gak, sebabnya kewangan aku agak meruncing dan lagipun selepas tamat kursus ni nanti aku ambik cuti seminggu yang kebetulan adalah minggu pertama cuti sekolah. So, dpat gak la duk ngan famili puas-puas.

Jadi, salah satu plan bagi kami-kami yang tak balik ni adalah dengan berjalan-jalan ke PIKOM PC Fair di Ipoh. Katanya pc fair ni berlangsung kat Stadium Indera Mulia, so dengan selamba badaknya aku dan beberapa kerat member sekursus pun meredah bandar ipoh mencari stadium ni.


Mujur ada GPS, memang senang je nak sampai tanpa tersalah jalan walau skejap pun. Hahahaha, kalau takde GPS tu maybe dah ke Taiping gamaknya! Punyalah berguna GPS ni sampaikan member aku terus berminat nak beli sebijik. Kebetulan pulak memang kat pc fair ni belambak rasanya.

sesak

yang ni aku minat tengok aje. Tak mampu nak beli.

Member aku beli yang ni. Murah pun xpe, janji NIKON. Hahaha
Rambang mata aku tgk banyak kamera digital yang dahsyat giler. Tapi aku tak mampu nak beli la, sebab banyak keperluan lain yang lebih penting. Hahahaha. 
Share: