Wednesday, May 11, 2011

Sayang isteri ditinggal-tinggalkan.

"Sayang isteri ditinggal-tinggalkan".

Masuk bulan 5 ni maknanya dah 1 tahun 8 bulan aku bekerja di tempat baru. Ini juga bermakna dah 1 Tahun 8 bulan aku tinggal berjauhan dengan keluarga. Tinggalkan isteri dan anak lelaki aku yang dah masuk 6 tahun tu di Klang dan aku di Raub. Jarak? tak jauh, dalam 150km sahaja.

dalam peta nampak cam dekat je


Siapa yang suka duduk berjauhan dengan keluarga? mana ada! apatah lagi sebagai seorang suami dan seorang bapa. Kalau nak kata tak rindu tu memang bohong sangat la. Aku jadi family man hanya pada hujung minggu. Walaupun aku dapat balik jumpa mereka pada setiap minggu, aku masih bersyukur sebab ramai lagi yang pasangan suami isteri duduk berjauhan yang lagi jauh daripada aku. Aku tumpang simpati pada mereka. Tapi aku tau ini satu kewajipan buat mereka, biasanya pasal kerjaya yang memaksa mereka duk berjauhan. Macam aku le.

ini kalau naik kereta, kalau jalan kaki?

 Tapi adakalanya isteri dan anak aku ada juga datang ke Raub, biasanya time cuti sekolah la. Dah nama pun cikgu kan, time cuti sekolahlah paling lama dapat cuti. Kalau sempat boleh la pegi jalan-jalan ke mana-mana tempat menarik kat sini. Contohnya macam pergi Bukit Fraser ke, mandi sungai ke.

Aku faham sangat polisi kerja jabatan aku ni, selagi tak cukup 3 tahun berkhidmat maka bolehlah lupakan niat kalau nak mintak tukar tempat kerja ke mana-mana. Lagipun sekarang ni pun aku kerja dah 1 tahun 8 bulan kan, dah separuh jalan pun. Masuk genap 3 tahun nanti aku try la mintak tukar. Biar dekat sikit dengan famili. :)

Tergerak hati nak buat entri ni pasal ada komen blog yang aku baca cerita pasal simpan gambar isteri bawah bantal. Aku tak simpan bawah bantal, aku letak dalam frame la. So bila bangun tidor je aku dah boleh nampak muka isteri ngan anak aku. Lagipun kan kat sini aku tinggal sorang-sorang, ala-ala membujang la.

Kesimpulannya, hari jumaat setiap minggu adalah hari paling best untuk aku sepanjang tahun. (Abis keje terus balik Klang)
Share: