Wednesday, June 29, 2011

Aku vs Gajet Elektronik

Salam pada pembaca semua.

Aku seorang yang geek. Walaupun knowledge aku tentang sains komputer tidaklah seberapa sangat, tetapi tahap obses aku pada komputer adalah sangat tinggi. Aku juga boleh dikategorikan sebagai gadget-mania. Aku memang up-to-date dengan kebanyakan gajet-gajet terkini di pasaran. Kebanyakan perkembangan gajet-gajet yang aku ikuti adalah berkaitan dengan tv led, handphone, tablet, kamera SLR dan juga laptop/notebook.  Semua perkembangan ini aku ikuti boleh dikatakan setiap hari (kalau ade internet le)


Mujurlah aku belum mampu nak beli semua benda-benda elektronik tu. Aku cuma mampu membaca tentangnya di internet dan juga menonton reviewnya di youtube. Yang paling kerap aku tonton kat youtube adalah berkenaan dengan video review tablet yang terlalu banyak jenis di pasaran sekarang. Boleh dikatakan setiap jenama elektronik yang ada di dunia ini mesti wajib mengeluarkan satu model tablet ala-ala iPad tu.  Betul tak?.

Hatta Blackberry sendiri pun sudah ada produknya sendiri iaitu Playbook, Samsung dengan Galaxy Tabnya,  Motorola dengan XOOMnya, HTC dengan FLYERnya dan banyak lagi la. Lepas dah tengok video tu mulalah berangan-angan! Hahahaha,

aku minat serius Flyer dari HTC ni.

 Apa yang aku ada? Aku cuma ada laptop Compaq  skrin 12 inci dan telefon Sony Ericsson Satio 12MP. (itu aje ke, cehh takdelah geek sangat.. hahahaha) Walau apa pun, aku gembira sebab gajet yang aku miliki ini sudah cukup membuatkan life aku yang berjauhan daripada isteri dan anak  ini menjadi lebih sempurna (hujung minggu dikecualikan sebab dapat balik jumpa wife dan anak) :)

Terbaekk!!
Share: