Saturday, June 11, 2011

Pasukan Bola Sepak Inggeris Paling Aku Suka

Sekarang ni musim EPL dah abis. So boleh la aku citer pasal pasukan favourite aku ni. Ia bukannya Manchester United FC, apatah lagi Liverpool FC mahupun Chelsea FC! Pasukan bola sepak yang  paling aku fanatik adalah ARSENAL FC. Ya! memang aku fanatik pasukan bola sepak inggeris yang satu ni. Malah rasanya aku lebih arif mengetahui kesemua senarai pemain utama pasukan ini berbanding senarai nama pasukan kebangsaan negara aku sendiri. Hahahaha.. Tapi salahkah aku!

 SEBAB KENAPA AKU SUKA ARSENAL FC:
 
Stadium Emirates
Stadium Highbury yang kini ditukar menjadi penginapan apartment
  1. Aku suka strategi permainan manager Arsene Wenger.
  2. Polisi pembelian pemain baru yang menguntungkan pihak pemilik kelab. Majoriti pemain baru yang dibeli amatlah jarang bernilai lebih dari 15 juta pound. Contohnya: Striker utama Arsenal pada masa sekarang adalah Robin Van Persie yang dibeli dari kelab Feyenoord pada tahun 2004 hanya dengan harga £2.75 juta pound dan bekas striker utama Thierry Henry bernilai £11 juta pound ketika dibeli daripada Juventus pada 1999.
  3. Secara purata umur pemain yang bermain untuk kesebelasan utama adalah 23 tahun. Muda belia belaka.
  4. Stadium Highbury yang sudah tidak digunakan lagi telah digunakan menjadi hotel. Mereka berpindah ke Stadium Emirates pada 2006 yang memakan belanja pembinaan bernilai £390 juta pound.
  5. Terkenal dengan corak permainan 'passing' yang sangat pantas. 
  6. Walaupun sudah masuk 6 tahun tidak memenangi sebarang piala utama dalam mana-mana kejohanan, pencapaian mereka masih boleh dibanggakan kerana sekurang-kurangnya mereka sampai ke peringkat suku akhir atau separuh akhir tiap-tiap tahun.
  7. Pada musim 2003/04 pasukan ini menjuarai Liga Perdana Inggeris dtanpa mengalami sebarang kekalahan sepanjang 38 jumlah perlawanan. Pemain-pemain ini telah digelar ' The Invincibles'.
  8. Last sekali dan sebab utama aku suka Arsenal adalah kerana aku benci Manchester United dan aku meluat dengan Liverpool.
Peace!

Share: